
Hyde Park, Taman hijau yang memukau dan pesona
Hyde Park, merupakan salah satu taman Di Raja Britain, meliputi kawasan seluas 350 ekar. Di dalam taman ini terdapat di sebuah tasek yang di kenali sebagai Serpentine yang dibina pada tahun 1730. Kami berkesempatan mengunjungi taman ini ketika trip menjelajah UK pada bulan March 2018 yang lalu.

Bersiar-siar di Hyde Park
Sebaik sahaja selesai bersarapan di Restoran Putera Puteri milik orang Penang, kami pun melangkah keluar dengan perut kekenyangan menuju ke Hyde Park.. Jaraknya dekat sahaja, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Sangat teruja, ye lah first time menjejak kaki di London, dan Hyde Park ni pulak lokasi kami yang pertama sekali. Tak sempat nak berehat, masih jet lag namun keletihan perjalanan hilang begitu saja apabila kagum melihat pemandangan sepanjang berjalan kaki. Sangat tertarik dengan senibina bangunan colonial. Kerajaan UK masih mengekalkan senibina2 lama.
Ni lah owner dia, Mamu Penang


Apa yang ada di Hyde Park ini? Pemandangan sekitarnya sangat cantik. Terdapat tasik dan itik-itik bermain, burung-burun berterbangan. Dan kawasan ini merupakan kawasan rekerasi untuk rakyat tempatan. Mereka akan membawa family bersiar dan beriadah dengan family dan rakan. Ada restoran di dalam taman ini, You can enjoy swimming, boating, cycling and skating. There are pitches for team games, tennis courts, tracks for horse riding and a spectacular children’s playground. Kat sini ada banyak monumen yang menarik. Ada Diana Memorial Fountain dan ada banyak acara terbuka sepanjang tahun. Pada hari Ahad, kat sini ada satu sudut di panggil Speaker’s Coner, jadi di sini ada orang2 awam yang akan bercakap berkongsi pendapat mereka tentang apa jua isu. Dia orang kat sini open minded sikit. Ice skating pun ada di taman ni tapi kami tak sempat nak menjelajah ke setiap pelusuk sebab keluasan nya boleh tercabut kaki hahaha
Diana Memorial Fountain
Sekitar tasik di Hyde Park
Setelah penat dan lenguh seluruh badan, baru lah terasa akan keletihan. Lebih kurang 3 jam kami berada di sini, kami pun segera pulang ke penginapan untuk check in dan berehat. Rehat perlu cukup sebab keesokan hari nya, destinasi kami seterus di London Tower, Big Ben, Buckingham Palace dan banyak lagi. Ok cerita Hyde Park berenti di sini ye.