Kembara Eropah 2.0 : Paris & Switzerland – Part 8

Sambut birthday di Lauterbrunen

Ok sambung cerita. Di Lauterbrunen ni kami check in di Valley Hostel, terletak lebih kurang 250m dari stesen keretapi Lauterbrunen. Berjalan kaki lebih kurang 5 minit ja. dekat sangat dengan train station. Hostel ini kecil saja, senibina rumah-rumah kayu traditional Swiss di Lauterbrunen. View kawasan sekitarnya sangat cantik, kawasan lembah diantara dua gunung.

Sebab apa kami pilih Valley Hostel ni? Sebab nya adalah scoring review hostel ni dalam Agoda adalah 9.4, sangat tinggi. Bermakna sangat-sangat di rekemenkan oleh traveller seluruh dunia. Nyata no doubt. Dari lokasi nya, kebersihannya dan keselesaan nya memang kami pun rekemen stay kat sini tau..

Ok kami sampai sini pun dah petang sangat dah. Dah nak malam so tak sempatlah nak meronda kawasan sekitar. Tak sempat nak jumpa tok penghulu kawasan dulu heheh. Lepas ja check in, bila dah masuk bilik, mula2 sekali keluarkan stok makanan. Memang lapaq taktau nak habaq dah masa tu…bayangkan dari pagi berada di Paris, petang baru sampai Lauterbrunen,

Macam biasalah, stok makanan masih byk lagi. Kami bawa mcm2 dari Malaysia. Sambal udang ada, pes sambai tomeh ada, ikan goreng ada, rendang daging ada dan yang paling tak boleh tinggal apa tau? Maggi cup laa..apa lagi .. so lepas maqrib ja Umi terus panaskan bekalan makanan. Suhu kat luar macam dah nak beku …sejuk

Lepas dinner kami tidoqqqq…

Kejutan keesokan hari nya

Keesokan hari nya adalah birthday abam …rupanya anak2 dah buat siap2 kad birthday masing and bawa ke Lauterbrunen untuk buat kejutan kat ayah. Selepas solat subuh, isteri abam dah pakat dengan anak2. Depa suruh abam pi kat dapoq prepare air panas, sekembalinya ke bilik depa nanyi happy birthday ..alhamdulillah…terasa bertuahnya abam first time hari birthday abam ada kat oversea. ..ini lah hasil tanya kad birthday yang anak2 buat sendiri. ..terima kasih Umi, Aisyah dan Danial..really appreciate it..selepas breakfast kami pun mula lah explore point of interest di sekitarnya….

Stay tune for next episode.

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *