
Day 2 di Netherland 11 May 2022
Hari kedua kami di Netherlands. Seperti yang dirancang, hari kedua ni kami nak melawat Keukenhof garden, taman tulips yang sangat popular dan cadangnya seharian akan dihabiskan disini.
Usai solat subuh jam 3.30am kami terus bergotong royong menyediakan breakfast cum lunch untuk perjalanan hari ini. Memang tak boleh nk tido dah sebab body clock masih ikut jam Malaysia @ 9.30am. Bab ni kan, habaq kat hangpa, komitmen dari husband sangat2 penting utntuk membantu wife setiap masa. Bila travel beg pack ni, kita tak boleh mengharapkan pasangan kita bersilat sorang2 di dapur atau apa jua aktiviti. Perlu bekerjasama. Jika prinsip ini tak ada, tavel cara ni akan menjadi agak sukar. Ingat tu, apa yang pentingggg…Kerjaaasamaaaa….heheheh
Menu hari ini ialah nasi daging dihidang bersama ayam masak merah. Paste nasi daging & semua bahan bawa dari Malaysia. Ayam masak merah kami masak siap2 di Malaysia dan frozen & diletak dalam cooling bag sebelum bertolak ke airport.
Beginilah travel cara kami.
Bawa bekal bila outing, tak payah susah-susah cari makanan halal. Kos pun jimat.
Bole click link (https://www.mydestinationstory.com/preparation) travel tips kami berkaitan icebag & frozen food.





Selepas dah selesai masak, packing food masak tadi untuk bekal outing (lunch), termos air panas, cawan plastik, sachet teh tarik Boh, sanitizer, wet tissue (utk bersihkan tangan), tikar plastik dan sejadah kecil. Ini basic item yang perlu ada dalam beg pack kami sebelum outing. Tepat jam 7.30am kami pun keluar dari rumah. Train station Assendelft dekat ja, 5 min walk. Ambik train di sini ke Amsterdam Central.






Bagaimana nak ke Keukenhof Garden ni?
Mudah saja. Untuk lawatan ke Keukenhof ni, kami beli tiket masuk & tiket bas siap2 online @ Tiqets.com which includes transportation dari Amsterdam ke Keukenhof garden & return bus ke Amsterdam berserta entry ticket.
Total cost EUR78 utk 2 orang. Instruction untuk meeting point pun sangat jelas. Confirmed, InsyaAllah tak sesat!
Senang sangat!


Meeting point ialah di THIS IS HOLLAND. Cuma tunjukkan smartphone voucher & officer incharge akan bagi tiket bas & entry ticket.
Jika tak mahu pi denganpublic transport ni, boleh ke nak pergi sendiri?
Boleh. Naik kereta @ drive sendiri.
Kalau naik public transport @ train, stesen terdekat nak ke Keukenhoff ialah 20minutes walk. Jauh tu..
Jadi, the easiest way (rasanyalah..) beli tiket bas & entry tiket siap2. Kalau entry tiket habis, tak dan nak beli..tak ke keciiwaa yang amat amat dasyat.
Disebabkan post pandemic C19, depa ada limit number of visitors.
Stratergy To Conquer keukenhoff
Ewah..ewah. Beria prepare..nak masuk Keukenhof awal untuk avoid crowd supaya senang ambil gambaq.
Aku, sidia dan tulips…
Org2 lain tanak masuk dalam gambar. Asal bukak ja gate, kita mesti dah terpacak kat sana..sebab tu ambil tiket yang paling awal available @ 9.00am.
Masa dok prepare iti, punya la dok stadi, berapa banyak masa diperlukan nak pusing abis satu taman. Kan ke luas sangat..berjuta-juta tulip nak tengok & tangkap gambar. Pastu nak naik Whisper boat & nak berbasikal di ladang tulip lagi..
Ok lah, kira-kiranya seharian kat sana lebih dari sempat kut.
Map Keukenhoff pun dah photostat siap2. Even ada blog tu tulis, kalau masuk apa2 taman tema.. naturally orang akan kona kanan dulu instead of kona kiri. Jadi, untuk avoid crowd yang ramai, kona kiri dulu…against the norm. Eh..yeke?
Tak perasan pun. Apa2 pun kita ambil kira lah stratergi ni..haha
Alang2 Keukenhof!
Listed are the planned itinerary:
- Anturium & Orchid Show: 24/3-15/5 @ the Beatrix Pavilion
- Lisse/ Keukenof Whisper Boat Tour: 45min, 10€
- Tulip Farm ‘De Tulperij’ @ Voorhout (5km fr Keukenhof). Guided bike tour to Tulip farm (2.5hr) 2 sessions 10am & 1.30pm 37.5€ per person, starting location is Hotel Lowietje just 400 metres from the main entrance of Keukenhof Gardens.
- OR rent a bike to visit Tulip farm – city bike rental ( 3hrs 10€). Location of rental bike change to Noordwijkerhout (7km fr Keukenof)?
Itu baru startergi…belum stori kejadian asal. Panjangnya…
Dah nama pun stratergi..mestilah detail kann.
TAPIII…TAPIIIIIII…
Walaupun bukan main stratergi, kami cuma sampai di Keukenhof pkul 12 tengahari!
Haha..lari dari plan asal!
Keukenhof Kami Datang
Ok, sekarang kami nak stori actual visit untuk Keukenhof trip ni.
Kami bergerak dari accommodation airbnb ke Amsterdam Central dengan menaiki train. Perjalanan lebih kurang 20min. Sampai di Amsterdam Central, terus cari tempat jeti @free ferry.
Feri ni terletak di bahagian belakang Amsterdam Central. Turun ja train, nak exit tu, ada 2, yang kiri & kanan. Yang mana satu kah laluan nak ke feri. Pause sekejap..haha. Tengok mcm xjumpa signboard ferry pun. Jadi, kami tanya orang yang lalu lalang tu..
“Excuse me Miss, which way is the exit to the ferry?
“This way..” (sambil menunjukkan arah ke kiri) Feri tu tertulis nama jeti ‘Buiksloterweg’
Feri ni mengambil masa 5mint, free yaa. Lepas turun dari feri, belok ke kiri dan jalan dalam 5minit dan sampai ke bangunan ‘THIS IS HOLLAND’. Masa dalam feri pun dah bole nampak, signboard ‘ THIS IS HOLLAND’ tersergam.










Sampai saja di kaunter, officer incharge ada bagitau berkenaan promo Boat trip 10euro sorang, 45minutes ride. Jadi, depa akan bawa kami naik boat dulu & baru ke Keukenhof.
Harga asal 25euro. Pantang dengaq ada promo kami pun teruja lah.
Dalam taman Keukenhof ada Whisper boat. Yang itu pun 10euro. Sepatutnya nak naik yang ini lah. Kami pun tanyalah officer tu..
“There’s a boat ride also rite inside the Keukenhof?”
Officer tu jawab “No water inside Keukenhof. All land & flowers.”
Ehh, bukan ke ada Whisper boat.
Dah konfius sekejap.
Fikir punya fikir, kami decided nak naik boat yang dia offer tu. Maybe salah baca kut. No water inside Keukenhof.
Boat trip tu namanya “REDERIJ VAN HULST”
Dari ke mana dan ke mana kami dibawa, tak pasti yaa..haha.
Biar gambar berbicara..









Keukenhof Kami Betul betul Datang
Selesai boat ride, kami dibawa menaiki bas. 10 minit perjalanan, akhirnya sampai ke Keukenhof garden!
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari & perut pun dah mula berkeroncong. Sebelum masuk, kami cari port terasing sikit, hampar travel matt & apa lagi…makan bekal yang dibawa lah. Nasi daging & ayam masak merah.







Lepas lunch, kami terus masuk. Just tunjukkan entrance tiket dekat officer yang guard the entrance. Mudah!
Apa lagi..snap beratus-ratus gambar la. Mai jauh kott…11 000 kilometer dari Penang nuu .
Disebabkan timing dah lari, map yang kununnya ready siap2, tah mana letak tatau. Kami just explore saja ikut mana kaki nak melangkah. Dimana-mana pun cantik.
Spot area..yang ada kincir angin tu, pusing cari sampai jumpa.
Ladang tulip yang dalam planned itinerary tu tak tertunai lah. Sepatutnya nak cycle keliling ladang, tapi tak kesampaian sebab ladangnya sudah di tuai. Tulip dah dipotong pun. Tinggal rumput hijau aja…sebab time kami pergi ni adalah penghujung musim. Lagi 2hari Taman Keukenhof akan ditutup.
Kalau pun ladang tulip belum harvest pun, rasanya tak sempat sebab timing dah lari.
Kami juga meninjau tengok..ada ke Whisper boat tu??
Dan memang ADA.
Disebabkan dah lewat, Whisper boat tu dah ditutup. Tapi takda lah terkilan sangat sebab tengok Whisper Boat tu cuma macam pond yang kecil aja dan agak tak berbaloi dengan harga 10euro per person. Best lagi boat tour REDERIJ VAN HULST.
Alhamdulillah.
Tepat jam 5.15 petang kami pun keluar dari Taman keukenhoff, menuunggu bas trip @ 5.30pm untuk ke ‘THIS IS HOLLAND’.
Selesai sudah kisah hari kedua di Netherland..jumpa lagi part seterusnya….
Mantop
Pak Long kena pi Keukenhf ni pak long..taman ni buka hujung Mac hingga pertengahan May shj setiap tahun..pertengahan April sangat cantik..