Menerokai bumi Netherland yang cantik
Jumpa lagi dalam episode seterusnya….part ni baru lah nak story kembara di bumi Netherlands. Specific lagi kami di Amsterdam. Apabila selesai semua urusan airport, kini kembara seterusnya adalah untuk memahami sistem public transport di Amsterdam untuk kami nak bergerak sepanjang kami berada di sini. Train adalah medium yang paling mudah. ..
Apabila dah keluar airport, sebelum nak ambik train, first sekali kena beli Ovichipkart. Kalau nak tahu bagai mana nak dapatkan kad ni, boleh refer di posting ni –> klik sini
Station keretapi ni direct connect dengan arrival hall, so keluar airport dah nampak station. So kami ambik train dari airport ke Amsterdam Central dulu. Dari situ kami perlu ambik NS train lain yang menuju ke Rotterdam dan kami kena turun di stesen Krommeni-Assendeft. Accomodation kami booking thru Airbnb, saja kami pilih kawasan yang out skirt sikit, jauh dari kesibukan kota Amsterdam. Accomodation ini terletak di kawasan perumahan Dutch. So bila stay di kawasan perumahan, kita kena lah jaga adab2 kejiranan penduduk di sini.
Homestay penginapan kami sepanjang berada di Netherlands
Cantik tak surrounding view homestay tempat kami menginap ni? Cantik kannnn…
Rumah ni kat Assendelft, Noord-Holland. Train station terdekat adalah Krommeni-Assendelft, kira-kira 500m, lebih kurang 5 minit saja berjalan kaki dari rumah ni. .Sangat mudah.
Mini market Halal
Tidak jauh dari rumah ini terdapat mini market Halal milik Muslim Turkish. Lebih kurang 600m macam tu ja. Berjalan kaki dalam 7-10 minit saja. So selepas check in rumah Airbnb ni, kami berehat sebentar, makan maggi cup untuk alas perut. Kemudian kami keluar bersiar2 mencari Halal Mart ini. Seperti biasa kami akan membeli keperluan asas seperti beras, telur, sayur dan minyak masak. Alhamdulillah, semua nya ada di sini.
Tauke kedai ni sangat2 lah friendly. Ketika kami nak bayar, kami memberi salam dan memulakan bicara dengan tauke Halal mart ni..lalu dia bertanya kami dari negara mana…
Apabila mendapat tahu kami dari Malaysia, tauke Turkish tu sangat meraikan kedatangan kami…
“….MasyaAllah, you both come from far country..Alhamdulillah….you wait for a while, I will prepare 2 pieces of kebab for you as compliment..you stay for a while…”
MasyaAllah..kami pun tak sangka tauke tu sangat gembira dapat bertemu orang Muslim dari lain negara yang membeli belah di kedai dia….
Masa nak bayar tu, dia sedekah kat kami 2 biji kebab, sorang satu…kami nak bayar tapi dia tak nak..
” We are Muslim..you are safar, you bring barakah to us….” katanya
Allahuakbar..kami sangat terharu….kami terus menadah tangan berdoa kepada Allah semoga Allah merahmati dia dan keluarga dia, semoga Allah luaskan rezeki kepada mereka….
Terus terang kami nak bagitau, sepanjang kami travel di lain2 negara ni, ini lah kebab yang paling sedap yang pernah kami makan…
Ini lah kebab yang tauke tu bagi percuma kat kami sorang satu. Sangat sedap, saiznya besar. Kami hanya makan separuh sahaja sudah boleh kenyang. Balance lagi separuh kami simpan untuk breakfast esok hari, Alhamdulillah…semoga Allah murahkan rezeki tauke ni..aminnnn…
Ok part ni sampai disini ….bertemu lagi episode seterusnya –> Keukenhof, mu tunggu kami datang
As salam En Subri, boleh share nama airbnb homestay di Assendelft .Terimakasih
Wsalam Puan,
Saya dah emel link airbnb di Assendeflt tu puan..dapat tak?
Salam encik, boleh saya dapatkan nama premis tersebut dari Air BnB? terima kasih
Wasalam….saya dah emel link airbnb tu ke emel puan….dapat tak? kalu tak dpt, bgtau ye saya emel sekali lg..
wsalam…
kat sini puan
https://www.airbnb.com/rooms/13422200?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=d3e64d46-0085-4999-86d8-0c38e689b637
Salam Encik, boleh share sy airbnb yg encik duduk di sana.
Wsalam…
ini airbnb yg kami stay tu…
https://www.airbnb.com/rooms/13422200?guests=1&adults=1&s=67&unique_share_id=d3e64d46-0085-4999-86d8-0c38e689b637