
- Tarikh : 31 Jan 25 – 13 Feb 25
- Coverage region : Barcelona, Madrid, Seville, Cordoba, Malaga, Granada, Gibraltar, Istanbul
Persediaan dan perancangan
Destinasi merantau kami kali ini adalah SPAIN. Mengapa Spain? Sebabnya, ketika cuti persekolahan pada bulan Februari 2025 , negara-nagara2 Eropah lain kebanyakan cuaca sejuk masih extreme lagi pada bulan Februari. So setelah membuat kajian cuaca, di SPAIN suhu nya antara 8 – 18 darjah celcius, boleh di terima lagi lah. Bukan apa, kalau travel time cuaca sejuk sangat pun tak best jugak, bila outing nanti asyik nak cari perlindungan dalam bangunan saja untuk elak kesejukan hehehe…maka sebab itulah kami pilih Spain. Dari segi geografinya pun, Spain ni dah arah ke Mediterean sikit, so kuranglah sejuknya.
Sebab keduanya adalah untuk explore sejarah kegemilangan Islam di Andalusia.

Naik Turkish Airline
Kali ni kami pilih Turkish Airline. Sebab apa? Sebab pertama, airline ni kami tak pernah try lagi. Sebab kedua adalah airline ni ja yang paling murah untuk tarikh yang kami pilih. Tiket airline kami grab setahun awal apabila takwim persekolahan dah keluar, so baru lah boleh membuat perancangan. Kami membuat perbandingan byk airline lain based pada tarikh dan laluan yang sama, didapati harga Turkish Airline paling rendah berbanding dengan airline lain. Kami memilih landing di Barcelona dan balik dari Malaga. Apa yang lebih menarik dari Turkish Airline ni adalah, dia ada program Stopover di mana jika transit di Istanbul melebihi 24j, passenger entitle untuk dapat free 1 night stay di hotel terpilih. So waktu balik, kami transit selama 24j, so dapatlah ronda-ronda Istanbul dahulu sebelum pulang Malaysia. Lagi satu, Turkish Airline juga merupakan antara airline yg terbaik dunia selain dari Qatar, Emeirates, SIA, etc.
Persiapan sebelum berangkat
- Travel Insuran – travel insuran ini sangat2lah penting. Kali ni kami ambil insuran Etiqa TRIPCARE 360-INTERNATIOAL-PLATINUM, pakej family.
- Stok makanan – sudah menjadi kebiasaan bagi kami, kami akan membawa bekalan atau stok makanan dari Malaysia. 1 luggage akan di peruntukan untuk mengisi stok makanan frozen dan bahan masakan yang dibenarkan. Biasanya kami akan study terlebih dahulu restriction di airport, so makanan yang tidak di benarkan kita jangan cari pasal bawa lah hehehe..prinsip kami, 99% masak sendiri, tak makan luar langsung. Kalu ada pun mungkin sekali dua shj sekadar untuk rasa makanan di sana. Itu pun kalu jumpa restoran yg Halal. Selain dari menjimatkan, mencari restoran yg Halal jg agak sukar di sesuatu tempat.
- Menu planning – merancang menu sepanjang berada di perantauan sangatlah penting. Perancangan menu yang lengkap perlu di buat lebih awal. Biasanya kami akan plan siap2 daily meal dari day 1 hinggalah hari nak balik. Apabila meal telah di tetapkan mengikut jadual, dari situ barulah kami akan memasak lauk dan pes yg di perlukan kemudian akan di bekukan sekurang2nya seminggu sebelum hari keberangkatan. Pada hari berangkat tu barulah kami masukan didalam storage beg yg kedap dan di tambah dengan ice pack didalam nya untuk makanan kekal bertahan dan tidak rosak. Selama kami dok travel ni, tempoh maksimum perjalanan sebelum tiba di homestay pertama adalah 33j dan makanan yg dibekukan itu masih sejuk. Sejurus tiba di hometay pertama, makanan2 td akan segera di masukan ke dalam freezer. Menu planning kami seperti berikut :

- Cetak semua document yang berkaitan – document2 yg penting adalah tiket flight balik, booking confirmation accommodation (Airbnb, Agoda etc), itinerary, birth certificate anak2, food declaration list (jika perlu). Document ini diperlukan terutama ketika melalui kaunter imigresen dan juga kastam di sana. Pengalaman kami pernah di tahan di imigresen Amsterdam kerana tertinggal salinan hotel confirmation, so kena sidai dan kena soal siasat macam2 huhu padan muka. Sapa suruh tak check document sblm berangkat.
- Memahami sistem pengangkutan awam di SPAIN– oleh kerana kami akan menggunakan public transport sepenuhnya, maka perlulah qhatam sistem pengangkutan awam di Barcelona, Madrid, Seville, Cordoba, Malaga, Granada, Gilbratar dan Istanbul. Setiap location ini mempunya sistem pengangkutan yang beza. So kena study dia punya metro, komuter, bas, speed train dan tram. Untuk bergerak ke interstate yg jauh , speed train akan digunakan dan book tiket 2,3 bulan awal untuk dapatkan harga diskaun. Boleh tahan juga mahal speed train kalau tanpa diskaun.
- Itinerary dan attraction – itinerary yang comprehensive perlu di sediakan supaya perjalanan dan pergerakan berjalan lancar mengikut perancangan yg telah di tetapkan didalam iti. Tetapkan siap2 attraction mana yg kita nak masuk, yg mana perlukan entry ticket semua tu beli siap2 online dari sini. Ini termasuklah waktu solat, nak solat kat mana, nak makan kat mana, nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa, semua ni table siap2 dalam itinerary. Boleh rujuk itinerary kami kat sini (link)
- Penginapan – selepas siap itinerary, baru boleh plan nak buat base penginapa dekat mana, berapa base nak buat dengan mengambil kira radius jarak dgn attraction, kenal pasti train/bus station yg berdekatan. Kami banyak menggunak Airbnb utk book accomodation dan ada jugak book thru Agoda atau Booking.com. Ikut mana2 yg offer murah. Yang penting rumah/homestay tu mesti ada dapur, mesin basuh, dryer dan dekat dgn public transport.
- International roaming dan Europe SIM card – seperti kami yg menggunakkan line Celcom, kami subscribe international roaming manakala untuk anak2 kami beli SIM card Europe dari sini. Beli dengan Hello1010. Perkhidmatan Internet tersangatlah penting.
- Booking parking kereta di KLIA – oleh kerana kami akan naik flight di KLIA, so kami kena lah drive dari Penang and park kereta kat sana. Ada satu tempat parking di kawasan kampung berdekatan dgn KLIA ni, kami selalu park kat situ. Sehari RM8 shj pastu plus RM50 utk airport transfer pergi hantar dan ambil dari airport. Ok la service depa ni, ramai kereta yang parking kat rumah depa ni. Boleh jimat banyak.
Oklah to be continued. Mengantuk. esok sambung menulis