Dari Bertam ke Kota London : Sebuah Coretan Kenangan

Coretan kembara orang kampung

Kota London merupakan salah satu kota yang terkenal di benua Eropah dan sering menerima pengunjung yang ramai dari seluruh dunia. Malah tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia yang mengunjungi kota ini tidak kurang banyak nya. Sudah menjadi impian setiap warga yang punyai hobi mengembara, sudah pasti nya Kota London akan menjadi pilihan. Begitu juga lah dengan kami, mengunjungi kota London telah menjadi angan-angan sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu dulu, emak dan ayah sering berpesan, kamu belajarlah rajin-rajin sehingga berjaya dan boleh bawa emak dan ayah ke Mekah (sudah tertunai impian ini pada tahun 2004) dan kamu boleh pergi ke mana saja yang kamu inginkan. Itu lah pesan mereka. Kami hanyalah orang kampung. Dulu-dulu kami menolong ayah dan emak menoreh dan bersawah.

Dream come true. Angan-angan menjadi kenyataan

Pengembaraan menjelajah United Kingdom telah berlangsung pada 19/3/2018 – 30/3/2018 dan London merupakan destinasi persinggahan kami yang pertama. Kali ini kami fly dengan Saudia Airline sebab dalam banyak-banyak airline yang di survey, airline ni ja yang boleh kasi tambang paling murah untuk ke London. Sebelum ini pun pernah jugak fly dengan SA, of course masa pergi Umrah dan jugak Haji suatu masa dulu. Dari segi service SA ni ok la, not bad, selesa, hidangan dia pun sedap. Dan yang paling best nya, dalam SA ni ada surau.

Kami berlepas dari KLIA pada 19 March 2018, dengan penerbangan SV835 jam 1930 ke Jeddah dan connecting flight Jeddah SV113 ke London. Penerbangan ke Jeddah ambil masa 9j dan Jeddah ke London ambil masa 6.5 jam. Waktu menunggu semasa transit di Jeddah 2.5 jam dan kami tiba di Heathrow Aiprort pada jam 545 waktu tempatan. Total jam perjalanan selama 18j 30min. Lama kan? Tapi enjoy.

Seperti biasa, apabila sampai, urusan imigresen adalah urusan yang pertama sekali, alhamdulillah segalanya di permudah kan, ambil luggage dan berehat seketika di Airport untuk explore information, mencari selok belok dan memahami sistem kenderaaan awam di London.

Perjalanan dari Heathrow Airport ke penginapan di Prince’s Square

Setelah selesai semua urusan di Airport, seterusnya kami beli Oyster card di underground tube station di airport Kad ni lebih kurang macam kad toucn n go kat Malaysia tapai ada byk lg kelebihannya.

Destinasi seterusnya adalah ke Paddington station dengan train dari airport. Untuk itu, kami kena ambik Piccadilly Line dan tukar train ke District Line di Earls Court station menuju ke Paddington station. Paddington Station ni macam KL Sentral, dari situ kita boleh nak ke mana saja. Macam kami dari Paddingotn kami, kami nak ke accomodation kami di Prince’s Square dan perlu ambik teksi. Kalau tak nak guna teksi, boleh juga guna train di Paddington ke Bayswater tapi memandangkan kami dengan luggage yang banyak dan besar so teksi was the best option. Tetapi …tetapi…..

Di tipu dengan prebet sapu

Dalam kami berwaspada, akhirnya kena tipu jugak. Macam mana tu?? Begini, ketika di Paddintong station, kami plan nak ambik teksi yang legal di taxi counter lah…tiba-tiba….

Tiba-tiba di datangi seseorang (mungkin PATI agaknya) yang berwajah Pakistan, agak berusia, mendekati kami dan tanya kami nak pi mana, kami pun bgtau lah nak ke sekian2 tempat, dia pun menawarkan perkhidmatanya. Dia kata pi dengan dia lagi senang, tak perlu beratur untuk ambil tiket teksi di kaunter, maka kami dengan beg2 besar bersetujulah dangan tawarannya dengan tambang 20pound. Kami menyangka 20 pound tu adalah murah. Pada hal memang kami sudah di tipu, setelah sampai ke penginapan tu, kami tanya orang di situ, kalau ambik teksi kaunter, tambangnya hanya 5 pound sahaja…..aduhhhh..dalam berwaspada, terkena juga. Jadikan pengajaran ya…

Accomodation@homestay kepunyaan orang Melayu Malaysia

Rumah penginapan kami beralamat di Prince’s Square London. Lebih kurang 10min dengan teksi dari Paddington Station. Rumah ini kami book melalui Airbnb. Waktu check in sepatutnya jam 2pm petang tapi memandangkan kami sampai awal, so kami minta izin untuk letak luggage dulu sementara menunggu waktu check in dan kami nak merayau. Apabila sampai di homestay, kami pun menghubungi tuan rumah di situ dan alangkah terkezut kami rupanya tuan rumah tu orang kita, orang melayu yang tinggal di London. Wow…kami sangat berbangga sebab ada orang kita punyai hartanah di kota besar seperti London ini. Jadi senang la berurusan, tak perlu lagi nak ber speaking London bagai hehehehe….alkisahnya, tuan rumah melayu tu pun benarkan kami letak luggage dulu sementara dia nak prepare rumah untuk kami…Alhamdulillah….selepas tinggal beg, kami merewang lah di kawasan yang berhampiran dengannya. Tapi sebelum tu, perut masing-masing sudah bising, maka mencari brekafast terlebih dahulu lah.

Ini lah rumah penginapan kami di London

Breakfast nasi lemak dan roti canai di restoran orang Penang di Bayswater

Selepas simpan luggage, kami mencari-cari restoran untuk breakfast sebab dah lapar sangat dah. Dengan jet lag pun tak habis lagi.. ye lah..18j kut total travel…memang perut mencari nasi lah…tahu tak, di Bayswater ni terdapat sebuah restoran milik orang Penang. Nasir namanya, restoran pun nama melayu Putera Puteris Cafe. Menu di sini kebanyakan nya malaysian food. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak lah restoran ni, apa lagi, order nasi lemak, roti canai dengan teh tarik…hahahaha..sorry kami ni tekak melayu yerr… tak lps nak makan western hehehehe

Ini lah owner restoran ni Bro Nasir nama dia. Mamu Sungai Pinang. So kalau hgpa teringin nak pekena nasi kandaq di London, boleh pi cari kedai ni

You May Also Like

About the Author: subri

8 Comments

    1. Hi Salam Puan….saya rasa unit airbnb tu dah tak available ..sejak lps Covid19 hari tu, saya cuba dptkan semula link ke unit tu tp tak berjaya. Dah trace dlm history trip kami tu tp link ke host tu dah tak availabe…may be dah tutup kut…
      Area Bayswater tu ada byk homestay..selain tu jg, area depan Hyde Park pun ada byk hotel apartment yg boleh masak…

  1. Salam saya nak tanya

    Masa perjalanan KL-LONDON transit di Jeddah tu Saudia Airline kene re-check in balik ke? Atau terus report di gate? Perlu visa transit ke

    1. Wsalam Tuan, tak perlu re-check in balik tuan…sekali check-in di KLIA saja..nanti airline akan bagi 2 boarding pass..first boarding pass utk KUL-JED..2nd boarding pass utk JED-LHR.
      So bila sampai Jeddah, tuan just follow arrow Transit di mana tuan akan masuk kwsn boarding di Jeddah airport..cuma akan melalui sekali lagi normal security check…pastu tuan stay ja kat area boarding mengikut gate number yg tertera d screen tv flight info tu…hrp menjawab persoalan tuan..

  2. Salam, pada hari pertama sampai london, lepas letak bag di airbnb, tuan pusing2 kawasan mana ja? nak jalan jauh-jauh takut letih pulak sbb long flight dari KUL kan.. nak rehat, boleh check in 2 @ 3 pm..

    1. Wsalam….kami sampai London waktu pagi..dalam kul 9am lbh kami parking beg ja dulu kat airbnb..pastu kami ronda2 Hyde Park, slps ronda situ, kami pegi cari restoran org Malaysia kat area Bayswater…keletihan tak terasa sangat sbb excited nak sigth seeing hehehe…masa tu host airbnb benarkankami check in awal, dalam kul 1pm mcm tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *