Travelog Kembara SPAIN 2025 – Part 3

Peristiwa dalam flight ketika penerbangan KL ke Istanbul

Ini first time kami terbang dengan Turkish Airline. Rasa teruja lah jugak hehehe…Turkish Airline ni tersenarai antara airline terbaik Eropah. Kami akan transit di 3jam di Istanbul. 3jam transit tu ok ja bagi kami, tak lama pun 3jam tu. Ok macam biasalah bila dah boarding, masuk dalam flight. Seat kami dah beli online siap2, seat kami 4 beranak berdekatan. Kira-kira 40 minit selepas berlepas, crew jamu meal. Ok la meal ariline ni. Lagipun meal yang di hidang ni of course load dari KLIA, so menu orang Malaysia lah..kami pilih menu pancake, macam supper aja lah, dah lewat malam. Habis licin kami bedal hahahaha.

Setelah selesai makan, cabin crew pun dah kutip semua bekas makan tu, depa pun tutup lah lampu tandanya passengger kena tidur lah…dan selepas 6 jam terbang…tiba tiba…

tiba2 terdengar satu pengumuman dari pramugari ..” .. May I ask for your attention, if any of you a medical doctor onboard please present yourself to our cabin crew..” lebih kurang mcm tu lah bunyi announcement.. Biasanya kalau pengumuman mcm ni, ada passenger yang perlukan rawatan. So cabin crew nak minta tolong rawat passenger yang sakit.. Ada sorang anak gadis ni dari Poland. Dia keracunan makanan sebelum naik flight naik KLIA lagi…dia makan apa ntah kat Kolompo hari dia nak pi airport KLIA…sblm naik flight pun dah muntah and beri beri dah brp kali …bila dah lama dlm flight, gadis tu dah lembik tak bermaya, mak dia pun dah risau… Then my wife  pun pergi lah dapatkan pramugrai Turkish Airline tu untuk nak bantu merawat anak gadis ni…then cabin crew pun bawa anak gadis tu pi ke belakang dekat ekoq kapai,,,buat treatment kat situ….pasang vranula, drip air apa semua..bagi ubat apa ntah lagi aku pun tatau….lama la jugak….bila lama sangat bini abg tak balik ke seat, aku pun pi lah ke belakang jugak nak buat ramai, sekali pramugara hambat aku suruh pi duduk…hehehe..nak buat ghamai..hahaha…bila dah habis drip sebotol insulin tu barulah gadis Poland tu bermaya dan boleh bangun berjalan sendiri…dan depa berterima kasih lah kepada isteri abe…alhamdulillah…kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita…

Selepasa 11jam penerbangan, kami pun landing lah di airport Istanbul pada jam lebih kurang 6.30am waktu tempatan…selepas tu kami dapatkan dulu surau, solat subuh, tolet semua, bergerak lah kami ke gate seterusnya untuk boarding ke Barcelona pulak yang mengambil masa penerbanga lebih kurang 3j 50min…kejap ja kan…

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *