Destinasi : Paris & Switzerland
Di sini kami nak share basic preparation kami setiap kali travel ke luar negara. Kita ada buat satu check list supaya barang-barang atau keperluan yang penting tak tertinggal. Item yang penting selalunya tak lupa kot..tapi kadang2 bole miss juga dan akan jadi last minute preparation.
Berikut ialah travel checklist kami:
No | Item | Remark |
Dokumen Perjalanan | ||
1 | Passport | |
2 | Laminated passport | |
3 | Birth Certificate | |
4 | Flight Ticket/ Boarding Pass | |
5 | Itinerary own reference | |
6 | itinerary for imigration | |
7 | Money in visiting country currency | |
8 | Credit card/ Debit card activated | |
9 | Phone International roaming activated | |
10 | Internet access – portable Wifi/ SIM card | |
Train Ticket / Entrance to Attractions | ||
1 | ||
2 | ||
3 | ||
4 | ||
5 | ||
Accomodation document | ||
1 | ||
2 | ||
3 | ||
4 | ||
Equipments | ||
1 | Food | |
Beras,frozen food,onions,ginger,garlic, chilli paste,santan kotak ,salt,sugar,maggi cup,maggi | ||
2 | Drinks | |
3 in 1 sachets,tamar cocoa,teabags,sugar | ||
3 | Cloths | |
Jackets,t-shirt,jeans,longjohn,winter jackets,socks,undergarment, hotpack | ||
4 | Electricity related equipment | |
H/phone charger, universal power plug,Extension plug | ||
5 | Equipment for tapau food | |
rice-cooker, tupperware,fork&spoon, water bottle | ||
6 | Toiletries | |
Toothbrush, toothpaste,mandian,syampoo,nail clipper,cotton bud | ||
7 | Others | |
detergent,pencuci pinggan & small pack ‘sunlight’, baby wipes, tissue pack, prayer mat, travel mattress, cooler bag & ice pack, rain coats | ||
8 | Medicine | |
Panadol tablet & syrup,Zyrtec,Loratidine, anti-motion sisckness drug (maxolon & Loperamide), Antibiotic cream,allergic cream-atopiclair,plaster | ||
9 | Covid travel pack | |
3-ply mask, hand sanitiser, disinfectant-Clinell |
- Document Perjalanan
Selain dari prepared itinerary ( of course la.. sbb travel tak ikut travel agent kan), penting untuk sediakan ringkasan itinerary berserta alamat accommodation untuk pemeriksaan kastam @ immigration. Ini sebagai bukti, kita nak pi melancong dan bukannya nak pi jadi pendatang tanpa izin. Siap ada tiket kapal terbang untuk balik. Confirmed, takkan jadi pendatang haram kat negara hampa aihh.
Satu lagi, kita ada laminated front page of passport, untuk dibawa travel. Semasa dok prepare iti ke Paris, terjumpa banyak review berkenaan pick pocket di Paris. Paris is overrated and not save, don’t put anything in your pocket or else will get stollen dan macam2 lagi review sampai jadi nervous pulak. Bayangkan back pack tiba2 hilang dek professional pick pocket di Paris. Memang tak boleh brain la..kalau passport dan semua dokumen penting hilang.
Jadi, ada satu extra preparation untuk menghadapi cabaran pick pocket di Paris yg hakak & abam buat..Hampa jangan gelak naa.
Iaitu..Kami beli t-shirt pagoda yg berzip utk simpan passport. Pakai siap2 masa dekat Malaysia sorg satu. Satu untuk abam & satu utk hakak. Letak 2 keping passport each selepas selesai urusan imegresen di CDG Airport. Kembung la sikit..tapi xnmpak sgt pun. Lantak la..janji selamat. Paranoid punya pasal..Nak ambil passport, kena selak la sikit..hihi. Laminated passport ada utk rujukan.
Kami save juga dalam email @ soft copy semua dokumen perjalanan tersebut. Ada orang siap send to their travel buddy untuk back up. Malang tidak berbau kan..
Ni contoh baju pagoda tu. Kut hampa taktau. Kami beli kaler hitam supaya vogue sikit. Pic sebenar tadak nak share sbb dah pack simpan dlm beg travel.
Duit pulak dah kira siap2 untuk beli travel pass untuk transport di Paris (Navigo Découverte Paris pass). Cash yang lain semua letak dalam compartment yang paling bawah dalam backpack. Kalau dibuka zip tanpa disedari pun..ngak ada apa yg boleh di ambil.
2. Luggage. Kena plan berapa banyak beg yang nak di bawa
Bag-pack with big bag. Itu trade mark kami. Ahli keluarga 2 adults, 2kids. Cukup tangan untuk seret beg sorang satu. 2 big luggage, 2 small luggage untuk anak2 seret plus 4 bag pack masing2 galas. Beg xbole lebih sbb nanti tak cukup tangan nak seret naik ketapi atau bas. Taxi memang not in the option sebab nak jimat. Ya lah.. duit selagi boleh, simpan untuk next travel pulak.
Muat2 ja.. luggage dalam keta Estima. Gambar masa nak gerak dari rumah hari tu, adik ipar tlg hantarkan. Kalau nak naik taxi..confirmed kena ambik mpv or XL grabcar. Rate Malaysia takpa laa..ni rate obersea bak hang. Bukan ke lagi banyak kos.
Muat ke beg tu untuk baju travel selama 12hari??
Travel cara kami..memang takda ootd la ya. Sorang ada 5 persalinan sahaja. Nanti kita basuh dan pakai semula. Accomodation yang kami pilih kebanyakkannya yang provide washing machine & dryer. Semestinya airbnb selalunya tidak menghampakan. Hotel..hmm..memang not in the list.
Winter coat untuk 4 orang. Takkan nak pakai winter coat 1 kaler tu ja..utk 12 hari? Hihi..memang pun lah. Sbb bknnya peluh, Cuma kureng instagrammable lah…
Supaya tak nampak mcm asik pkai baju tu jer..kita pun bawa at least 2-3 coat jugak masing2. Muat ke tu? Disini kami share kan cara untuk jimat space khusus untuk winter coat iaitu letak dalam plastic compression. Bole beli kat supermarket atau beli online pun boleh
Satu beg mmg untuk makanan sahaja..setimbun…termasuk mini rice cooker kesayangan. Merata dah dia pi. Yang ni tak bole nak compress la naa.
3. Packed food & frozen food in icebag
Untuk menjimatkan kos, kita banyak masak sendiri. Mini-rice cooker memang item penting dan Tipuware untuk bekal semasa travel. Ikut selera masing2 lah. Fokus kami ialah scenary & attraction untuk anak2. Kalau yang jenis JJCM, mungkin tak sesuai untuk travel tips yang ni.
Bayangkan kos yang dapat dijimatkan. Per meal untuk 4 orang anggaran dalam RM 200. Kira tengok untuk 12 hari..Ribu2 juga tu.
Bole check juga travel restriction untuk country yg nak visit tu & declare apa yang patut. Kami buat declaration form untuk listed food yang dibawa. So, far untuk ke Paris/Europe takda masalah.
Tipuware pun cukup sorang satu-4set. Flask untuk hot water(utk maggi cup) dan jajan@ biskut. Yang extra tu, item travel pasca covid: portable hand sanitizer & mask.
Ini masak nasi daging untuk bekal. Lunch & dinner, sedap & Jimat sangat. Kalau bajet tebal, ok la. Untuk kami yang bajet nipis tapi nak travel juga, kena usaha sikit lah. In fact, kami dah ada planned menu for all the days. Frozen food simpan dalam ice bag & keep dlm check-in luggage. ( Rujuk video). Ada juga allocate sikit untuk try local food tapi boleh kira dengan jarilah berapa kali makan di restoran di luar negara tu.
4. Gantian winter boots
Travel tips seterusnya ialah gantian winter boots.
Kalau nak pergi ke tempat snow mesti nak bawa winter boots kan? Tapi winter boots mmg takda dlm checklist kami kerana kami menggunakan sport shoes saja. Ok ke kalau pergi ke tempat snow..kasut tak basah ke? Nanti menggigil kesejukan bagaimana? Jadi, kami menggunakan spray “Protector Wet blocker” supaya kasut kalis air. Dengan spray ni, a plastic layer is formed on the shoes menyebabkan kasut jadi kalis angin & air,
Mengembara ke luar negara tanpa agent ni akan banyak menggunakan ‘kaki’. Ada hari tu kami berjalan hamper 9 km. Jadi, kasut biar ringan dan selesa. Tak sempat nak ootd kasut berbeza2 yaa..sebab beg mmg tak muat. Untuk anak2, setiap tahun travel, setiap kali itulah kena beli kasut baru sebab yang lama dah tak muat. Kalau beli boots..dah la mahal & takut tak muat beg pulak…4 pasang kasut kut.
Kalau suhunya mencecah negative, mungkin boleh invest untuk winter boots. Lain kali trip lah yaa.
5. Our miscellaneuos items
Saja nak share certain item yang kami bawa untuk oversea travel.
a) Hot pack
Gambar ni contoh saja. Pemanas ni standby kalau sejuk terlebih especially di kawasan pergunungan. Ltak dekat badan atau bole letak dalam poket baju untuk extra warm. Dulu2, kami selalu beli di Universal Traveller. Sekarang ni bole beli online aja.
b) Sejada travel & compass
Sejadah nipis ni, travel dalam Malaysia pun kami bawa. Letak dlm bagpack. Kompas solat pula sangat berguna. Memanglah sentiasa ada access internet dan bole search ikut Islamic Finder & bnyk lagi web yg ada. Tapinya..yg ni mmg confirmed reliable. Sebab kami pernah silap. Sampai dah malam..tgk ikut web lah. Tak tau setting tang mana silap. Keesokkannya tengok matahari terbit dari arah yg kami mengadap kiblat untuk solat malam tadi.
c) Small water bottle
Travel oversea ni, toilet depa bukan ada air. Atas flight pun takda paip air, tapi still ada air kat sinki tu. Untuk urusan yang ‘kecil’ ok la. Kalau urusan ‘besar’ bekas air ni memudahkan proses. Kami bawa botol yang pendek dengan muatan yang banyak (350mls) senang nak isi untuk sinki kapal terbang yang kecik tu.
d) Travel mat
Kami dapat idea untuk bawa travel mat ni selepas melancong ke Japan. “Hanami” @ picnic dibawah pohon sakura. Time tu kami mmg takda tikar, tikar travel tinggal kat dlm kereta kat Malaysia. Semenjak tu, kita adakan item ni in the listed item. Beli plastic alas meja yg kalis air tu ja.. Kununnya plan nak berpicnic @ lunch atas hamparan di Tulleries Garden kat Paris. Tapi xkesampaian..sebab sesat barat cari stesen tak jumpa, timing dah lari.
e) Tips travel pasca covid19
Semasa karangan ini ditulis, 9 bulan sudah berlalu daripada tarikh travel ke Paris & Swiss ( 8 Mac 2020- 19 Mac 2020). Kita buat detail homework berkenaan Corona virus. Masa tu, kes Covid di Malaysia tak sampai 20 kes. Jadi, sempat juga kami melancong sebelum Covid betul2 menyerang Malaysia. Time tu, memang akan kena kecam jika update status di media social. Hihi.. Apakah stratergy kami..perkiraan yang dibuat untuk proceed travel & our safety precaution. We gonna share all.
Yes! With Allah’s Grace, we survived without getting infected.. Alhamdulilah.
Stay tuned for next chapter on “ Travelling abroad amidst COVID 19”.
best giler semua tips yang dikongsikan. syukur. banyak ilmu yang dapat ni tuk travel bawa bekal. terima kasih.
Terima kasih sudi membaca perkongsian kami…insyaAllah kami sedang menyiapkan tips-tips untuk tour Netherlands DIY..kami baru balik dari Netherlands bulan 5/2022 hari tu…..
sangat2 membantu saya dan family yg budget tak brp besar,terima kasih tuan..harap ada lagi tulisan tuan di Negara lain pulak..saya akn follow.
Alhamdulillah..terima kasih krn sudi melayari travel blog kami. Semoga bermanfaat.
Salam tuan. Terima kasih atas perkongsian travel yg sgt2 membantu. Nak tanya, customs di CDG strict tak? Depa check luggage ke? Saya plan nak bawa homecooked food (rendang daging, kari ayam etc), takut pulak kena confiscate. Terima kasih sekali lagi.
Wsalam Puan, pengalaman kami di CDG hari tu alhamdulillah, airport clearance tak ada apa2 mslh. Depa tak check apa2. Terus keluar gitu saja. Kami bawa jg homecooked masa tu. So far alhamdulillah. Kami pi masa tu bln Mac 2020…so skrg dah 2023 slps covid, so puan survey jugak lah dlm website CDG tu, takut ada rules terkini ke.
Last month sblm puasa kami landing Milan (MXP) pun smooth jg…tak check apa2..
Alhamdulillah. Lega sikit dengar. OK baik nanti saya check2 jugak latest sharing kalau ada pasal CDG. Wah pi Milan. Nanti share story psl Milan pulak ya!
InsyaAllah…nanti kami share tips Milan, Venice and Swiss…tak sempat nak menulis lagi hehehe..kami landing Milan, then ke Swiss naik Bernina Express and balik Malaysia ikut Zurich. InsyaAllah nanti kami share iti kat blog ni…
Salam Tuan. Alhamdulillah krn berjumpa dgn tulisan Tuan yg sgt² membantu kami sekeluarga. Kami akan melawat anak yg bekerja di Manchester pd 26/8/23 ini. Sambil tu km sekeluarga akan try cover Edinburgh, Highlands, London dan insyaAllah Paris. Semuanya plan sendiri. Tiada agent. Jdnya tulisan tuan sgt2 membantu. Doakan perjalanan kami di permudahkan. Tksh sekali lg atas tulisan tuan.
Alhamdulillah….kami doakan semoga urusan travel Puan sekeluarga di permudahkan insyaAllah…
Salam tuan, ada pengalaman tak tentang pick pocket ru?
Wsalam…Alhamdulillah setakat hari ni kami tak pernah kena pick pocket..semoga Allah pelihara sentiasa..aminnn