Travelog Kembara SPAIN 2025 – Part 2

Perjalanan bermula

Tanggal 31 Jan 25 kami memulakan perjalanan dari rumah di Penang ke KLIA. Seperti biasa, malam sebelum berangkat kami sekeluarga akan baca Yaasin dan solat hajat bersama anak2 semua mohon perlindungan dari Allah Swt, di permudahkan segala urusan dan di beri kesihatan dan keselamatan yang baik dan solat sunat musafir sebelum meluncurkan tayar kereta. Stok makanan yg telah di bekukan akan di masukan ke dalam storage kedap bersama ice pack, di masukan luggage untuk check in nanti. Perjalanan untuk sampai ke destinasi iaitu homestay di Barcelona akan ambil masa lebih kurang 33j. Iya lah, bergerak dari Penang jam 9am, flight pukul 11.45pm (dah 14j45min), tambah penerbangan 11j, tambah transit 3jam, tambah next flight 4j dan nak sampai homestay lg 1j. Itulah kembara…letih tapi satu kepuasan.

Alhamdulillah, kami sampai di KLIA pada jam 6.30pm. Drop luggage dan anak-anak serta Ummi depa dulu, kemudian saya terus ke Banting, sebuah kampung yang jaraknya lebih kurang 16km, 20min drive dari KLIA1 dan parking kereta di situ selama 16 hari. Rate nya berpatutan, sehari RM8 sahaja, jimat banyak lah dari parking di KLIA tu. Pastu depa hantar ke airport semula dan pick up di airport masa balik nanti. Berbaloilah. Banyak kereta yang parking kat situ. Semasa kami pi letak kereta hari tu, saya rasa tak kurang dari 60 biji kereta yang sedang parking situ. Setiap kali kami travel kalau departure di KLIA, di sinilah tempat kami parking kereta. Kalau hangpa nak parking sini, hangpa contact number kat bawah ni:

Check in Turkish Airline and luggage drop

Sebelum ke check-in counter, kami solat jamak dan qasar terlebi dahulu. Kaunter bagi penerbangan jauh yang aircraft wide body, kaunter akan di buka 4 jam sebelum waktu berlepas. Flight kami 11.45pm so pada jam 7.45pm kaunter dah buka. Kami sudah pun check in online dan print boarding pass siap2, beratur di kaunter untuk drop luggage sahaja. boarding pass boleh guna dalam handphone saja ataupun print sendiri dari rumah. Mudah kan. tapi stak syok la sebab tak dapat kertas boarding pass tu hahahaha…

Selesai drop luggage, kami pi dinner dan lepak2 sehinggalah jam 10pm kami mula bergerak ke gate berlepas. Melepasi kaunter imigresen, pemeriksaan keselamatan, naik shuttke bas ke Gate C17. Aerotrain tu masih dalam proses naik taraf. Sehinggalah announcement untuk masuk dalam kapal.

Ok kat sini dulu..esok sambung story lagi

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *