Kembara Eropah 2022 : Netherlands – Part 2 prosidur check in pesawat pasca Covid19 & transit

Prosidur baru check in airline selepas pandemic

Haiii…..bertemu kembali ya….ok kami nak cerita tentang .procedure baru nak check in airline pasca Covid19. Mungkin procedure berbeza dengan airline yang lain tapi untuk Etihad AIrways ni, seminggu sebelum tarikh penerbangan, airline akan hantar notification meminta passengger buat proses Verify To Fly. Passenger di kehendaki upload document yang berkaitan dengan Covid 19 bergantung kepada keperluan negara destinasi akhir. Ada negara yang perlukan result PCR test tapi untuk ke Netherlands ni kita cuma perlu upload sijil vaccine yang lengkap booster. Online check line boleh di buat 72 jam sebelum penerbangan. Sekiranya sudah upload sijil vaccine dan dapat notification Verified To Fly, urusan di kaunter menjadi lebih mudah dan cepat ketika nak drop luggage.

Kini kami bejalan dengan kasut yang baru di beli di KLIA2..baru lah raannchakk dan bertenaga serta selesa . Check in counter di buka pada jam 3.30pm di kaunter J. Tepat jam 3.30pm kami pun beratur depan sekali. Bagi passenger yang dah dapat verifed to fly, boleh terus drop luggage. Bagi yang belom verify online, mereka kena buat verification di kaunter dan akan ambil masa sedikit.

Seperti biasa selesai drop luggage, kami di berikan boarding pas yang baru yang ada rekod/ tag luggage. Next step adalah beli burger Mc Donald untuk di jadikan bekalan makanan ketika di transit di Abu Dhabi nanti. Ini adalah step wajib untuk elak dari kelaparan ketika transit. Burger Mc D ni biasanya kami akan asingkan salad dan pack semula then masukan dalam hand luggage.

Flight kami pukul 7.10pm, lebih kurang jam 5pm kami pun mula bergerak masuk ke departure hall. Seperti biasa, melalui kaunter imigresen seterusnya pemeriksaan keselamatan then naik train ke terminal pelepasan antrabangsa Gate C1.

Lebih kurang jam 6.15pm krew Etihad dah call for boarding so semua penumpang dah boleh masuk ke dalam kapal. So tunggu apa lagi dengan cargas kami beratur hehehe. Sebab ni first time kami tavel dengan Etihad Airline. Untuk penerbangan ini Etihad guna kapal Boeing 787 Dreamliner, aircraft model terbaru dari Boeing. Dalam nya agak selesa, legroom pun mcm luas sedikit. Overall, ok lah. Not bad, in flight service pun ok, meal pun ok Alhamdulillah.

Penerbangan kami ke Abu Dhabi mengambail masa 7 jam dan kami tiba di Abu Dhabi pada jam 11.15pm waktu tempatan. Maknanya kami boleh buat solat jamak taakhir di airport Abu Dhabi ketika transit. Airport Abu Dhabi ni agak besar jugak. Setelah sampai tu, macam biasalah penumpang transit akan terus ke departure hall dan melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi dan apabila selesai, kami pun ke surau dan solat jamak taakhir dulu. Flight kami seterusnya pada jam 3.55am. So kami kena menunggu 5 jam untuk next flight. Selepas solat kami berehat dan tidur seketika di gate yang berdekatan dengan surau.

Beginilah keadaan bila travel long haul. Tetapi tetap enjoy walau pun berjam-jam nak kena tunggu. Transit paling lama yang pernah kami lalui adalah 7 jam ketika travel ke Paris pada 2020 dulu.

Flight seterusnya pada pukul 3.55am melalui gate 60. Ketika ini waktu subuh dah hampair dan kami tak sempat solat di airport, so sebelum masuk dalam kapal, kami ambil wuduk siap-siap dan solat di atas kapal. Tepat jam 3.55am flight pun take off, maka duduk lah kami dalam penerbangan yang mengambil masa 6j 35min.

Ciri baru yang ada pada screen tempat duduk Etihad Airline

Satu feature yg sangat menarik pd airline ini adalah adanya penunjuk waktu solat pada kedudukan semasa kapal terbang. Sebelum2 ini, kebanyakan airline hanya ada penunjuk arah Kaabah shj tapi tidak ada oenunjuk waktu solat. Dalam kapal Etihad ini, ia sangat mudah utk penumpang muslim utk menunaikan solat semasa didalam penerbangan yg jauh. Waktu solat di tunjukan pada screen tempat duduk, jadi mudah lah penumpang dapat tahu waktu solat.

Pengalaman kami hari tu, sebelum nak boarding di Abu Dhabi ke Amsterdam, kami ambil wuduk siap2 di airport. Sebelum take off, screen dah bgtau waktu solat subuh lagi 30min, so mudah kan…

Mgkin airline lain jg ada yg dah update feature ni…

Terbaik lah Etihad Airline.. Will consider again for future trip.

Selepas solat, pastu di jamu makan, selepas tu kami lenaaaaaa lerrr……..stay tune for next episode….sampai di Amsterdam, kami kena tahan di Imigresen airport….tau tak apa terjadi? Next episode kami cerita…

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *