Bagaimana nak ke Murren dari Lauterbrunen

Murren ni adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak di atas pergunungan. Untuk nak sampai kawasan ini hanya lah melalui kereta kabel sahaja. Pemandangan kawasan ini Subhanallh tersangat chantik.

Untuk pergi ke sini sangat mudah sekali. Anda hanya perlu ambil train dan turun di Stesen Lauterbrunen sahaja. Selepas keuar train, anda hanya turun ke bawah dan anda akan nampak laluan ke stesen kereta kabel Bergbahn Lauterbrunen-Murren. So ikut sahaja laluan tersebut sehingga jumpa kaunter tiket.

Ok macam ni, kalau anda guna STP, anda boleh terus beratur di pintu nak masuk cable car then just tunjuk saja STP kepada conductor cable car tu. Cable car ni akan naik dan berhenti di Stesen Grutschalp dan di situ anda ke keluar cable car dan tukar naik train ke Stesen Murren. Sebelum station Murren tu, train ni akan berhenti pada stesen nama Wintregg. Jangan turun di sini. Hanya yang nak bermain ski saja yang akan turun di Winteregg. Sekiranyan cuaca baik, view sepanjang train ini sangatlah cantik. Kiri kana chantik, Subhanallah terpegun. Seperti lukisan.

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published.