Kembara Eropah 2022 : Netherlands – Part 1

Destinasi pertama selepas border di buka, kasut koyak di KLIA

Betul-betul macam tak percaya nak tour Netherlands. Memanglah dah lama berangan2 nak pi Amsterdam, Keukenhof, Giethoon, Zaan Shanse dan lain-lain tapi tidak pulak merancang ke Netherlands selepas pandemic C19. Ketika lockdown 2 tahun ni kami dah siap prepare itinerary untuk New Zealand. Hajat di hati nak pi NZ dulu selepas C19 tapi Allah memberi rezeki ke Netherlands dulu, Alhamdulillah. So pada November 2021 saja2 je explore tiket Etihad Airways ternampak ada promo, so jangan di tunggu lagi, terus grab tiket flight bila harga promo tu tak mampu nak tolak…hehehehe

Tanggal 9 May 2022 ( Syawal ke 7), perjalanan kami pun bermula. Seawal jam 5.30am kami begerak dari Bertam di hantar oleh sehabat saya Saudara Nizar (Tauke Butik Pearl Sury) ke Penang International Airport.

Flight kami dari Penang ke KLIA jam 10am…pi awai tak kalut..pukui 6am kami dah sampai airport.

Seperti biasa, apabila sampai di airport, pertama sekali timbang berat beg dulu sebelum wrap beg. Kali ini kami travel berdua sahaja, tak bawa anak2 sebab timing tiket flight kena time tak cuti sekolah, so kami hanimun berdua saja lah, Maka muatan beg pun tak lah banyak seperti selalu. 1 beg berisi pakaian (24kg) dan 1 lagi beg di isi dengan bekalan makanan (mini rice cooker mesti mau bawa). Kami hanya wrap beg yg berisi makanan sahaja sbb didalam tu lah segala mak nenek kami bawa hehehehe…..

Selepas wrap beg, solat subuh dan kemudian drop luggage. Kami dah check online, so mudah lah..just drop luggage sahaja.

Kami akan menempuhi perjalanan yang panjang….Penang ke KLIA, kemudian KLIA ke Abu Dhabi jam 7pm, kemudian Abu Dhabi ke Amsterdam jam 3.30am dan akan tiba di Amsterdam jam 10am keesokan hari nya…

9am boarding, jam 10am kami terbang ke KLIA… landing di KLIA jam 11am….kemudian tunggu nak ambik luggage..

Kisah tapak kasut lekang di KLIA

Nak jadi cerita….setelah mendarat di KLIA, sedang berjalan2 menunggu luggage, terdengar bunyi pap pap pap pap ketika berjalan tu. ..heran bunyi tatau dari mana..terus berjalan2 dan bunyi lagi……ropa-ropanyaaaaaa

tapak kasut aku lekang aduuhhhhhhhh…..itulah tandanya dah lama tak travel. Kami ada kasut khas untuk travel…kasut ni hanya di guna ketika travel sahaja…setiap kali balik travel, kasut ni kami akan basuh and simpan dalam kotak. Tp memandangkan covid 2 tahun lbh ni, kasut ni pun dah rosak. Masa kluar dari rumah tadi masih elok, ..hahahha…..bukan kasut aku shj yg lekang, slps tu kasut bini aku pun lekang jugak……jemmm…mujoq lekang di KLIA…

Tiada pilihan, kami stor luggage di KLIA, terus pi shoping kasut baru di KLIA2…hahahah…beli baru sorang sepasang….sebab tu lah kami suka bergerak awal, sbb kalu ada apa2 hal, masih ada masa untuk bertindak….selesai bab kasut huhuhu..

Balik semula ke KLIA, solat jamak, kemudian menunggu kaunter check in Etihad di buka jam 3.30pm…

Ok see next part, Next kita akan bercerita SOP check in post-Covid procedure…ada beberapa procedure baru utk check in airline…

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *