Kembara Eropah 2.0 : Paris & Switzerland – Part 9

Ronda-ronda : Pagi di Murren, petang di Isetwald

Hari ke 2 di Valley Hostel, Lauterbrunen. Selepas dah selesai breakfast, kami pun bersiap-siaplah untuk merewang ke destinasi berikutnya iaitu Murren di sebelah pagi dan Isetwald di sebelah petang nya.

Bermain salji di Murren

Ok, Murren ni merupakan sebuah perkampungan di atas pergunungan pada ketinggian 5374 kaki dari aras laut. Murren merupakan sebuah perkampungan tradisional dan pemandangan di atasnya sangat-sangatlah cantik, tidak ada kereta dan hanya boleh ke sana melalui cable car sahaja. Masa kami travel ni, di Murren masih bersalji lagi. Untuk nak pergi ke sini, ada 2 cara dari penginapan kami di Valley Hostel. Terdapat 2 station cable car di Lauterbrunen untuk ke Murren ni.

Pertama, station kereta kabel Lauterbrunen, yang paling dekat dengan Valley Hostel. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Valley Hostel. Station ni connect direct dengan stesen keretapi Lauterbrunen. Dan yang kedua, station apa nama ntah kami pun tak ingat dah tapi stesen ni jauh sikit dari Valley Hostel, kena naik bas kuning. cable car yang ke dua ni, dianaik direct terus ke Murren. Berbanding dengan stesen Launterbrunen, dia akan combine cable car and train.

So kami pi ke Muren ni ikut stesen Lauterbrunen sebab hanya jalan kaki saja dari penginapan kami. Di awal pagi tu, nampak lah kelibat2 orang2 tempatan dengan sut ski, depa nak pi main ski kat sana. Lepas breakfast tu kami pun berjalan lah ke stesen cable car Lauterbrunen. Oleh kerana kami dah ada Swiss Travel Pass, so tak payah bayar apa-apa untuk sampai ke Murren. Melalui stesen ni, kami naik kabel car lebih kurang 5 minit akan sampai di stesen nama Grütschalp. Di stesen ni, kena tukar naik keretapi ke Murren village. Pemandangan sepanjang perjalanan tu subhanllah, punya lah cantik, gunung2 yang di penuhi salji.

Masa ni hujan renyai-renyai, so pemandangan luar dari dalam train agak berkabus. Dalam train tu ramai la organg2 tempatan depa nak pi main ski. Train dari Grütschalp ni, akan ada lagi stesen nama nya Winteregg. Selepas stesen ni, baru lah stesen Murren. Perjalananan dari Grütschalp ke Murren ni lkebih kurang dalam 10 minit macam tu.

Ketika kami sampai di Murren tu, cuaca hujan renyai-renyai saja dan sedikit bersalji. So bila cuaca macam tu, maka takda ada lah kelibat manusia berada di luar kediaman, hanyalah kami sahaja hahahaha…berjalan-jalan di sekitar Murren tu, terjumpalah kawasan salji tebal, anak2 dan mak bapaknya apa lagi, terus terkam main salji jugak hehehe

Begini lah gelagatnya budak-budak dan juga orang tua nyaa…hehehe. Selepas dah puas main salji, kami pun turun semula ke Lauterbrunen untuk prepare lunch. Selepas lunch and solat jamak, kami plan nak meronda di Interlaken dan Isetwald. Stay tune for next chapter….

Next part

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *