Jika hangpa nak travel secara DIY atau backpack, persediaan dan study hendaklah di buat lebih awal, Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas. Macam kami hari tu, flight ticket kami ambil pada November 2021 dan travel date kami pada May 2022. So kami ada masa 6 bulan untuk merancang pengembaraan kami. Di sini kami kongsikan beberapa tips yang penting yang kami rasa dapat membantu pembaca yang ingin travel ke Netherlands secara backpack.
Tips 1: Transportation – OVI Chipkaart
Kami menggunakan public transport sepenuhnya sepanjang berada di Netherlands. Train, bus, tram and metro semua kami guna dan public transport depa tersangat2lah efficient, integrated, accurate dan canggih.
OV Chipkaart – kad ni ibarat kad T&G di Malaysia la. T-Money di Korea, Oyster card di UK, Suica card di Japan and the list goes on…. Bole dijadikan hobi ni…pengumpul kad transport seluruh dunia…kelas gitu hobinya hahahaha…..
Disamping mudah, tak payah nak beli single ticket setiap kali naik train, bole dapat penjimatan 1euro. Banyak tu..kalau convert duit Malaysia, dekat RM4.5-RM5 ikut currency semasa. Kad ni bole digunakan untuk semua public transport di Netherlands ie bus,tram & NS train. Cuma, untuk NS train baki credit dalam kad mesti ada minimum 20euro.
Bila kad dah taknak guna, credit tu boleh di transfer ke credit card kita balik. Tak rugi lah kira-kiranya. Boleh claim credit dimana-mana kaunter train ticket. Kami haritu claim credit di kaunter train di airport.
Hari tu tak pasti boleh klaim ke tidak, kami try & error saja & boleh rupanya…
Kalau tak nak guna OVI Chipkaart ni pun boleh saja, tapi setiap kali nak naik train perlu beli single tiket di mesin. Rupa single ticket tu macam ni
Ini single ticket beli hari tu, last day nak balik Malaysia (st Krommenie Assendelf ke Schipol Airport). Beli sebab masa ni taknak topup OV-chipkaart dah sebab dah nak balik & tak pasti sama ada bole claim balik credit dari OV-chipkaart. So, bayar extra 1euro la utk tambang last day di Netherlands tempohari. (untuk menggunakan OV-chipkaart di NS train, mesti ada minimum credit 20euro)
Bagai mana nak dapatkan OVI Chipkaart ni?
Ok, mai kami nak tunjuk video cara nak beli kad ni dari machine. Apabila dah selesai urusan2 di aiport, kemudian kita terus ke statesen ketapi and first sekali kita kena beli ovi chipkaart sorang satu.
Dah beli, macam mana nak guna pulak?
nak guna kad ni senang saja…ada sikit beza dengan T&G kat Malasyai. Kalau kat KL, kita tak boleh masuk ke platform begitu saja kerana ada palang sekatan, bila tocuh kad T&G baru palang buka dan boleh masuk ke platform. Tetapi station2 train di Netherland tak ada palang kecuali beberapa station besar sahaja seperti Station Amsterdam Central. Stesen ni bersambung building dengan shoping mall. Stesen2 lain kebanyakan nya tiada palang. So bila kita sampai ja di sesuattu stesen tu, kita just touch saja Ovi kad tu di mana2 peranti sesentuh yg disediakan dan pastikan rekod IN….pastu nanti bila dah sampai destination, nak keluar dari station kita perlu touch peranti lagi sekali dn pastikan rekod OUT tertera di skrin. Kalau tak touch masa IN tu, nanti conductor tiket akan random check ticket.
Koleksi transportation kad yang sempat di simpan buat kenangan:
Tips 2: Install apps 9292
Untuk public transport di Netherlands, boleh download apps 9292. Sangat mudah, siap ada cost of journey. Cover semua bus, train & tram. Nak travel seluruh bandar2 di Netherlands pun boleh ie Rotterdam, Utretch & lain2.
Katakanlah tak perasan stesen mana nak turun sebab tak nampak signboard or tak dengar dia bagitau station mana, turun ja di stop station yang estimated time sampai tu..sebab time arrival for set destination memang tepat sangat. Tak lari seminit pun. Kalau train delay, apps akan update ie delay +1min arrival time…Cuma kena refresh apps lah.
Ni la rupa apps 9292. Abaikan backdrop gambaq tu…
Satu lagi app utk train, bole juga guna NS train (yg kaler kuning tu). Tapi mmg khas utk NS train sajalah.
Tips 3: Popular tourist spot di Netherlands
- Keukenhof Garden
- Canal Cruise di Leiden (terus ke Keukenhof)
- Giethoorn
- Zaanse Schans
- Volendam, Marken
- Canal Cruise di Amsterdam
- Pengalaman Berbasikal di Amsterdam
- Bandar2 lain di Netherlands ( kami Cuma sempat ke Rotterdam sahaja)
Semua listed above, alhamdulilah kami dapat pergi. Just nak share tips in general saja…how to get to these places.
Untuk trip Netherlands ni, kami ada download beberapa apps lain selain 9292 & NS train, iaitu Ticqets, Get Your Guide & GPSmyCity.
Untuk Keukenhof Garden, kami beli siap2 Combi tickets (transport nak ke Keukenhof & entrance tickets) di Tiqets.com Using the apps just click direction untuk meeting point.
Trip Giethorn, Canal cruise dan trip ke Zaanse Schans, Volendam & Marken kami purchase through Get Your Guide app (boleh download di google play). Kalau kita ada beli satu trip, next trip tu bole dapat harga diskaun.
Ini contoh our purchased item. Semua dah bayar siap2 sebelum berlepas ke Netherlands. Free cancellation until 2 days prior to visit.
Tips 4: Sight-seeing di Amsterdam
Ini ialah sebahagian travel itinerary kami yang xsempat nak pi. Untuk homework ni kami guna GPSMyCity untuk dapat info berkenaan tourist spot dan draftkan tempat-tempat yang kami nak singgah guna google map. Info berkenaan tempat yang nak pi tu bole tengok dekat Apps GPSMyCity. Kiranya macam free walking tour lah.
Kalau hampa nak detail, boleh la bayar sikit di apps GPSMyCity dan itinerary yang dia provide lebih detail lah. You pay & you get what you pay…
Kami haritu download walking tours untuk Amsterdam & Rotterdam. Kalau hampa nak download jalan-jalan di Penang pun boleh..semua negara ada!
Tips 5: Shopping souvenirs di Netherlands
Kami sebenarnya bukan jenis kaki shopping. Cuma untuk anak2, mak& mak mertua dan saudara terdekat beli jugalah sikit-sikit.
Untuk pengetahuan, semua kedai-kedai di Netherlands termasuk shopping complex TUTUP pada jam 6.00pm. Kami hari tu allocate masa untuk shopping hari terakhir di Netherlands & baru perasan..ehh, tutup awal laaa! Nasib baik sempat jugak beli apa-apa yang patut untuk anak2. Upah kena tinggal.
So, kat mana murah ya??
- Primark @ Zaandam.
Memang murah sangat. Baju kanak2 yang tulis brand Primark tu bole dapat harga semurah 3euro. Ok lah tu kan. Kiranya..kalau convert ke duit Malaysia not bad lah.
Nak ke Primark ni pun senang ja, naik train & turun di stesen Zaandam. Boleh tangkap gambar dengan bangunan-bangunan di Zaandam yang nampak macam dalam ‘cartoon’.
- Volendam
Di sini boleh beli sovenier murah-murah. Yang spot item nak beli hari tu ialah tulip palsu yang nampak macam real. Nak buat hiasan la konon-kononnya.
Malangnya..tak kesampaian sebab trip ke Volendam sebelah petang & kedai-kedai semua dah tutup. Sedihhnyaa…
Sebab kami jenis tak fancy sangat bab shopping, 2 tempat ni saja yang kami bole suggest yaa..
Tips ni dapat dari Kak Nani, org Sg petani yang dah lama bermastautin di DenHaag. Terima kasih kak Nani.
Tips 6 : Kekerapan public transport di hari weekends
Yang ni..deserved it’s own topic. Xbole kongsi dengan 9292 punya title.
Untuk pengetahuan semua, kekerapan train pada hari weekends ialah 20-30 minit sekali ya. Bukan macam pada hari-hari biasa. Pada weekdays, train every 3-5minutes. Tak rasa pun ‘menunggu’ train.
Weekend kami di Netherland @ Sabtu, kami pi Rotterdam. Kebetulan train macam ada stranded sikit, dan train kurang kekerapan, menunggu tu boleh tahan lama juga.
Keesokan ahadnya, kami ada trip ke Volendam. Masa tu baru perasan train every 20minutes. Masa kami sampai di kaunter Get Your Guide, trip tu dah berlepas pergi. Terpaksa reschedule ke petang. Bila sampai petang di Volendam, kedai-kedai soveniers dah tutup..isk isk..takda rezeki.
Lesson learned.
Kalau nak pergi lain kali, tau dah.. kalau-kalau saja lah yaa…haha
Tips 7 : Accommodation
Bab pilih accommodation ni, Mr husband la paling expert. Travel cara kami…airbnb lah. Sebab ada kitchen, boleh masak & tapau food. Kalau bawa anak-anak mesti nak ada washing machine & dryer, jimat bilangan baju yang dibawa sebab basuh & repeat pakai.
Yang paling penting, berdekatan dengan train station. Menggunakan apps 9292, boleh buat pilihan ambil accommodation yang outskirt sikit, mungkin ada scenary & agak2 boleh verangan ‘live like locals gitu..’ dan cost nya selalunya lebih murah berbanding di tengah-tengah Bandar Amsterdam.
Tips 8 : Solat dan masjid
Memandangkan trip kami kali ni spring season, so siangnya panjang. Waktu magrib jam 9pm, So pukul 6pm, 7pm tu masih siang dan cerah lagi. Biasanya kami akan sampai rumah dalam pukul 6pm so sempatlah kami solat jamak taakhir di rumah. Ada beberapa hari saja kami solat ketika outting. Dalam beg sandang kami ada tikar untuk solat. So kami solat kat mana2 ja, tiada masalah. Yang penting bawa compass untuk dapatkan arah kiblat.
Tips 9 : Public toilet di Netherlands
Public toilet di Netherlands kebanyakkannya cost dalam 1 euro. Paling murah 50-70cents euro dan bayar pakai coins or credit card.
Convert duit Malaysia, sekali pi toilet, bayar lebih kurang RM4.5- RM 4.8 juga.
Mana nak dapat toilet free? Kat dalam train ada free toilet. Boleh ke tips ni?
Haha…
Sekian, travel tips yang teringat nak share. Specific tips untuk setiap attraction yang kami visit tu bole baca dlm each entry yaa..contohnya stratergy di Keukenhof (link)
Genuinely sharing & semoga membantu…
***Disclaimer: entry yang ni, Mrs wife yang karang. Banyak2nya Mr husband @ Subri la yang tulis.