
Di tahan dan di soal siasat dengan Imigresen di Schipol Airport, Amsterdam
Jom sambung cerita……selepas lebih 6 jam penerbangan dari Abu Dhabi , alhamdulillah pukul 9.30am kami selamat mendarat di Schipol Airport, Amsterdam,. Seperti biasa apabila sampai di destinasi, selepas keluar dari pesawat, perkara pertama sekali ialah kena lalui kaunter imigresen untuk chop pasport. Proses ini lah yang paling mendebarkan. Jika tersilap langkah, balik awal lah. So preparation document yang berkaitan TERRR sangat2 lah penting jika travel secara backpack atau DIY ni. Jika ikut travel agent tidak mengapa. Seperti biasa kami pun beraturlah di kaunter imigresen di Schipol Airport, Amsterdam.

Apabila tiba giliran kami, kami pun pergi ke kaunter bersama, wish good morning bagai, senyum sampai telinga bagai, hulurkan passport dua sekaligus bersama dengan detail itinerary dan return flight ticket, nak bagitau bahawa kami datang bersama hehehehe….pegawai tu pun membelek passport kami, di buka di tutup, di selak helaian dan sebagainya…….tetapi malang nasib kami kali, kami di tanya dengan pelbagai soalan oleh pegawai imigresen di kaunter.
First sekali dia tanya…..”Where do you stay…” apa yang kami faham, hangpa tinggal di mana di Amsterdam ni ..kami pun jawab lah ..we are stay at Krommeni Assendeftl (alamat homestay Airbnb yang kami booked)……….Officer tu balas balik…” No I meant, your country…”
” Ohh….we are from Malaysia…..” jawab kami.
” Is this your first time visit to Netherlands?…tanya nya lagi……” Yes sir, our first visit “….kami membalas..
” Why you are here……” ” We come for holiday sir……” jawab kami.
” How many days and where you plan to go? ” di tanya lagi……….” We are here for 7 days. We plan to go to Zan Sanse, Keukenhof, Giethoon and many more as stated in our itinerary..”
Menjawab soklan ini agak tricky sikit, kenapa tau? Sebab pronounciation in Dutch bunyi lain so pegawai tu tak paham dan dia pun blur hahahahha….Contoh nya Giethon tu kami sebut “Gi-ton” tapi Dutch sebut bunyi nya ” Qhhii-thuunn”, kena ada qolah qolah kubra….tu sebab dia tak paham kami bgtau nama2 tempat tu hahahahha…
Dan dia tanya lagi ” Where will you stay?”…” We already booked a home thru Airbnb Sir, at Krommeni Assendeflt” kami mula rimas dan cuak…..
” Show me your booking transaction..”……..hhahahaha kat sini kami mula gabra….aku pun mencari-cari didalam folder document yang kami bawa bersama sebagai persediaan di imigresen, kami selak semua helaian booking document tetapi utk accomodation tidak di temui….baru perasaan resit booking Airbnb tidak print, terlepas pandang….hahahah time ni dah gabra gilerrrr dah…cari softcopy dalam handphone, tak ingat lupa simpan di folder mana…..huh bermula dari sini pegawai imigresen panggil lagi seorang pegawa lain………
” Both of you, follow him………..” kami di bawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut…
Wife cakap, relax, kita bukan buat salah apa2 pun…….
Nah…..kali ni nasib kami kurang baik…selalunya proses kami imigresen smooth shj pada kembara2 yang lepas…..kami pun ikut sahaja ke pejabat imigresen. Passport kami di bawa bersama oleh pegawai tersebut.
” You stay here…” suruh pegawai imigresen. Kemudian dia bawa passport kami masuk ke pejabatnya dan kami menunggu di luar pintu…
Selang beberapa minit kami di panggil oleh seorang lagi pegawa imigresen dan bertanya..” You are here for 8 days 6 night only, why your luggage weigth 24kg each?…..ia merujuk kepada luggage tag yang ada pada boarding pass yang disertakan bersama passport. Kami bawa 2 luggage besar…24kg setiap satu..
” Sir, we have 2 checked-in luggage…. 1 luggage for our clothes and another one contain food…all Halal food…we are Muslim, we cannot simply eat food here..” jawab kami dengan yakin……” Ok, wait……….” dia berlalu pergi…
Beberapa minit kemudian, datang lagi seorang pegawai imigresen yang lain pulak….dan bertanya lagi dan ada beberapa soalan2 adalah soalan yang sama dan di tanya oleh pegawai yang berbeza…..cuma kali ini ada soalan tambahan,
” What is your transport going to use while you are here? “
Kami bgtau, kami menggunakan public transport sepenuhnya – train, bus and tram.
” Show me again where will you stay…”
Kami buka Airbnb App dan tunjuk bukti tempahan, bagi alamat host dan bagi contact host…
” Show me again your return flight ticket….”
Kami tunjuk tiket balik..bg info detail dekat dia..tarikh, booking number, flight number and departure time.
” How many cash money with you”
Kami bgtau kami bawa EURxxxxxx cash money…….
” Tell me how much your credit card limit?”…
Kami pun bgtau limit credit card….info2 ni penting bagi imigresen sebab depa nak pastikan foreigner masuk negara depa bukan tujuan utk illegal worker…
Setelah kami menjawab semua soalan2 dan tunjukkan bukti2 document yang di minta, pegawai ketiga masuk semula didalam pejabat dan minta kami tunggu lagi….
Lebih kurang 5 min, pegawai ketiga tadi keluar dengan membawa passport kami…
” Ok Sir, you may go now….enjoy your holiday”
Alhamdulillahhhhhh….lega rasa nya bila selesai siasatan dan passport di chop…..baru lah kami menuju tempat ambik bagasi kami….hampir 40 min jugak kami di soal siasat….finallay at 10.30am, WELCOME TO AMSTERDAM
Pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna…..syukur, kami tak kena halau balik Malaysia hehehe.
Jumpa Kak Nani, orang Sg Petani yang tinggal di Netherlands
Kira-kira 2 minggu sebelum berangkat ke Netherlands, sahabat kami ada memperkenalkan kami dengan rakyat Malaysia yang tinggal d Den Haag. Kami pun hubungi dan berkenalan dengan keluarga Kak Nani, bgtau kami dari Kepala Batas nak pi merantau ke sana…so kami bgtau Kak Nani nak pesan apa2 tak dari Malaysia. Kak Nani minta tolog bawa daun palas nak buat ketupat dengan dodoi.
So memandangkan masih dalam mood raya (Syawal ke 7), kami bawa 10 batang daun palas, seronding Embun, 0.5kg dodoi dan beberapa biji ketupat yang siap kami rebus d Malaysia. Kami excited nak jumpa orang Melayu yang berjaya di bumi asing.
Setelah kami dapat kedua2 bagasi kami, kami pun keluar dari arrival hall dan Kak Nani dah menunggu di depan pintu…Alhamdulillah kami tak pernah kenal sebelum ini tapi Allah sambung silaturahim di bumi Belanda. Kak Nani sambut kami di airport dan bawa makanan untuk kami dan kami serahkan barangan yang di pesan. So daun palas dari Malaysia dah sampai Netherlands ya hehehehe



Alhamdulillah dapat jumpa orang kita di luar negara. Apabila selesai menyampaikan barangan pesanan buah tangan dari Malaysia, then Kak Nani pulang dulu ke Den Haag, Schedule kami berkunjung ke rumah kak Nani di Den Haag pada hari Sabtu 14 May 2022. Apabila selesai urusan di washroom, kami mencari port sarapan terlbih dahulu…lapaaq tak tau nak habaq hahaha…..
Bekalan burger Mc D yang kami tapau di KLIA masih ada lagi…pastu Kak Nani bawa bihun goreng lagi…the kami berkelah di airport dulu sebelum bergerak untuk pahamkan public transport di Amsterdam.


Bertemu dalam part seterusnya…..next part kami nak bercerita bagai mana guna public transport di Netherlands…