Kembara Eropah 2.0 : Paris & Switzerland – Part 1

PART 1 – PENANG – DOHA- PARIS

Perjalanan kami bermula dari rumah di Bertam Perdana 2 di mulai denagn bacaan doa terlebih dahulu. Kemudian kami menuju ke rumah emak untuk mohon restu dan redho dari ibu yang tersayang. Adik sudah bersedia untuk hantaq kami ke Penang airport. Tepat jam 4.30pm tayar bergolek dari kampung menuju ke airport. Sudah pasti nyan Dhia dan Danish pasti ikut ke ariport. dua beradik tu bagai di kata lah apabila bertemu dengan kakak Aisyah & Danial

Untuk trip kali ini, kami ambil Qatar Airways. Sebab apa tau? Sebab kami tak perlu lagi nak kena drive pi KLIA hahaha..kan senang. Jimat masa, uang dan tenaga. Ok penerbangan kami pada jam 8.10pm dan kami sampai di airport lebih kurang jam 5.30pm. First sekali kamo wrap 1 beg yang penuh dengan makanan. Beg ni khas untuk makanan dan yang berkaitan dengannya sahaja. So better wrap takut pecah ke apa ke kan. Dalam beg tu lah ada mini rice cooker, ada bawang, ada gula, ada teh ada pes cili. Pendek kata, macam2 adaaaa…..

Kami wrap satu beg ni saja. Beg lain tak perlu wrap. Selepas wrap, kami terus pi check in kat kaunter Qatar Airways. Alhamdulillah check in proses pun smooth. Crew Qatar very helpful. Total luggage check in 3 saja. yang lain beg kecik2 tu kami hand carry sebab ada keperluan di Doha nanti. Selesai check in, kami tunaikan solat asar dulu. Selepas selesai solat semua, kami bercadang nak dinner siap2 sebab anak2 tadi baru balik sekolah, terus gerak ke airport. Kami semua tak sempat makan tengahari, so bawa lah bekal untuk makan kat airport. Tapi apakan daya masa tu jam sudah 6.30pm kami lupakan bab makan. Boarding time jam 7.35pm, so kami takut tak sempat. Nak masuk International Departure Hall kan banyak check point. Security dan imigration. So kami pun masuk departure hall, solat maqrib jamak siap2 kat airport. Tepat jam 7.35pm, dah calling for boarding, masa tu ummi dan aisyah tak habis solat lagi. Biasanya airline akan bagi priority boarding for those travel with kids/baby.

Dalam flight ni, bila-bila pun, anak-anak2 lah yang paling gembira sebab ada gadget depan mata. So apa lagi, depa bebas lah nak main game, tengok kartun dan sebagai nya. Semua ni anak-anak tak kan dapat kalau berada di rumah hehehehe

Part 2 >>

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *