Sebuah Coretan kenangan dan pengalaman di ambang Lockdown Switzerland 2020
Kami duduk berehat seketika di barisan kerusi panjang di hadapan counter Qatar Airways. Tiba-tiba, kelihatan seorang hamba Allah memasuki counter tiket yang tidak beroperasi pada ketika itu. Subhanallah, sangkaan kami counter akan di buka sebentar lagi …”
Pemuda ini warganegara Kosovo dan bekerja di Zurich International Airport. Peristiwa ini berlaku pada tanggal 16 Mac 2020 yg lalu, setahun sudah berlalu namun terpahat kenangan yg amat mendalam buat kami sekeluarga.
Tatkala kami mengembara di Switzerland pada tahun lalu, belum sempat kami menghabiskan itinerary kami yang masih berbaki lagi 3 hari, pada 16 Mac 2020 Switzerland telah mengumumkan total lockdown di seluruh negara berkuatkuasa jam 12 tengah malam itu. Berita ini disampaikan oleh kenalan kami Switzerland (Kak Nor @ Tripple Ann-terima kasih byk2) lbh kurang jam 5pm dan pada ketika itu baru sahaja selesai solat jamak dan qasar di Nur Al Huda Mosque, sebuah Islamic Center di Ebikon, Lucerne, Swiss. Terpinga-pinga serta kebuntuan seketika memikirkan apa yg perlu di lakukan kerana istilah “lockdown” ini kami tak pernah lalui sebelum-sebelum ini. Kami menghubungi seorang lagi kenalan kami yg pada ketika itu baru 2 hr sampai di Swiss dan mereka sedang berada di Lauterbrunen (Dya Min) dan dia mencadangkan segera cari jalan pulang supaya tidak terperangkap di dalam lockdown yg akan bermula tengah malam nanti. Kami bertafakur sejenak. Alhamdulillah Allah membuka jalan untuk kami dan menggerakan hati kami, kami mengambil keputusan untuk segera pulang ke hotel, mengemas luggage, check out dan segera ke airport Zurich.
Tanpa melengahkan masa kami segera mengambil bas dari Pusat Islam Nur Huda untuk kembali ke Pusat Bandar Lucerne dan tukar bas untuk ke apartment penginapan kami. Ketika sampai di bandar Lucerne, sempatlah kami membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air dan bergegas dapatkan bas seterusnya ke apartment. Jam pada waktu itu menunjukkan 6pm dan senja sedang berlabuh. Kami cuma ada masa 6 jam sahaja lagi sebelum lockdown dan perlu segera ke airport walaupun belom tahu status pertukaran penerbangan. Setibanya di apartment, kami terus saja sumbat2 barang dan pakaian ke dalam luggage sambil menyemak public transport ke airport. Kami perlukan bas ke train station di Lucerne, then naik train ke Zurich Airport. Perjalanan mengambil masa hampir sejam setengah.
Selesai sumbat2 barang dlm luggage, solat jamak Maqrib dan Isyak siap2, jam 7.15pm kami check out dan tunggu bas. Alhamdulillah masih ada bas masa tu dan sampai di train station di Lucerne. Kemudian berlari dengan luggage dengan anak-anak untuk dapatkan train ke Zurich Airport. Alhamdulillah ada train yang akan berlepas lagi 5 minit, maka sempatlah kami rabat train yang dah nak bergerak tu. Pada ketika itu, kelihatan polis dan tentera sudah mula mengawal di stesen2 keretapi dan bas membuatkan kami bertambah gementar dan cuak. Alhamdulillah kami sampai di Zurich Airport lebih kurang dalam 10.30pm dan terus mencari kaunter tiket Qatar Airways tapi malangnya semua counter tiket sudah pun tutup. Alamak…macam mana nak balik…malam pun sudah semakin tua…check in counter pun semua nya sudah tutup. Kami 4 beranak masih mencari-cari arah memandangkan airport pun sudah lengang. Tidak kelihatan seperti kesibukan biasa. Malah ketika itu, kerajaan Swiss sudah pun menutup kebenaran mendarat dari negara2 tertentu. Banyak suda penerbangan yang sudah di batalkan.
Apa nasib kami pada malam itu di airport? Kami hanya mampu berdoa dan hati sentiasa memohon dan tawakal kepada Allah..DIA sebaik-baik tempat memohon pertolongan. Alhamdulillah anak2 kelihatan tenang cuma mereka nmpk sedikit keletihan. Di airport semua counter sudah pun tutup dan menjadi lengang. Kami buntu seketika memikirkan pelbagai option. Lockdown di negara orang sangat lah membebankan. Segalanya mahal, accommodation, makanan dan sebagai semuanya mahal. Ya Allah, bantulah hamba Mu untuk pulang ke tanah air.
Kami duduk berehat seketika di barisan kerusi panjang di hadapan counter Qatar Airways. Tiba-tiba, kelihatan seorang hamba Allah memasuki counter tiket yang tidak beroperasi pada ketika itu. Subhanallah, sangkaan kami counter akan di buka sebentar lagi. Lalu kami terus ke kaunter untuk dapatkan maklumat penerbangan, namun kami di beritahu counter tidak beroperasi dan akan buka semula jam 6 pagi esok dan dia hanyalah petugas menjaga kawasan itu sahaja. Alamak, 6 pagi esok baru buka. Kami menceritakan keadaan kami kepada pemuda yang muncul di kaunter itu.
Kami memberitahu kepadanya, kami ini bergegas dari Lucerne untuk tukar penerbangan ke tanah air sebelum lockdown yg akan bermula tengah malam, so apa2 terjadi, kami mesti berada di airport terlebih dahulu. Tak kisah lah penerbangan malam ini ke, esok pagi ke, yang penting kami dapat segera pulang ke Malaysia. Pemuda itu memahami situasi pada malam itu dan berkali-kali memberitahu kami kaunter akan di buka jam 6 pagi esok. Jadi bagaimana kami malam ini? Boleh kami berada di airport saja sehingga esok? Di airport ni ada hotel tak? Tanya kami kepada nya sedikit cemas….Dia menenangkan kami…hanya kami empat beranak yang berada di situ.
Lalu pemuda ini menasihati kami supaya kami tidur sahaja di airport kerana hotel di airport pada waktu ini terrr sangat2 lah mahal, so dia tak advise kami menginap di hotel. “ Let me show you the safe place for you and family to sleep tonight. Just follow me”…dia mengajak aku ke satu tempat di airport. Aku pun mengikut sahaja langkahnya kerana kami pun sudah kebuntuan. Rupanya mamat ini membawa ku airport “ Prayer Room “ . Di situ terdapat 4 prayer room yg khaskan untuk Muslim, Buddhist, Katolik dan Jew…so dia bawa ku masuk ke Muslim prayer room. You and family can sleep here. Here is safe place”..katanya. …” Are you a Muslim” tanya ku kepadanya..” Yes, I am Muslim”…masyaAllah, sebak nya hatiku tatkala itu, di saat kami dalam kecemasan begini, Allah utuskan hamba NYA ini untuk mudahkan kami pada malam itu…setelah itu aku Kembali ke tempat anak isteri menuggu tadi…”Ok Umi dan anak2, malam ni kita tidur saja di surau airport. Pakcik ni dah tunjukan pada ayah lokasinya”…anak2 berasa lega.
“Brother, it seem your children tired and hungry…let me show you where to buy halal food. You must hurry because the restaurant will close soon. Follow me, I will guide you to explore this huge airport”
Subhanallah…kami tidak mengenali lelaki ini, tapi semangat persaudaraan Islam lelaki ini telah membantu kami pada malam lockdown di Swiss. Lalu dia membawa ku sebuah restoran makanan segera yang mana boleh request for halal food. Dia order makanan untuk kami empat beranak sekali dengan minuman….DAN yang paling membuatkan aku sebak mcm nak menangis, dia bayarkan semua kos pesanan tadi. Aku berkeras untuk bayar dan nak ganti duit dia, namun dia dengan sopan menolaknya…” I am Muslim..you are my Muslim brother, you just prayer for me may Allah bless me”..
Allahuakbar…kami tidak mengenali dia..dia tentunya tidak mengenali kami jugak tapi budi pekerti nya masyaAllah tabrakalllah..
Sedang berjalan untuk Kembali ke tempat anak isteri menunggu tadi, sempat bertaaruf dengan lekaki ini. Dia ni berasal dari Kosovo dan baru 6 tahun bekerja di Airport Zurich. Di Kosovo ni rakyat nya 90% adalah muslim, katanya sambil membawa ku meninjau selok belok airport.Sehingga lah tiba dekat anak2 isteri menunggu dengan membawa makanan, lelaki ini pun meminta diri kerana tugasnya akan tamat sebentar lagi dan dia sekali lagi berpesan supaya tidur saja di airport sehingga kaunter buka jam 6 pagi esok. Kami pun mengucap berbanyak terima kasih kepada nya dan sangat terharu kerana membantu kami pada malam itu. Aku berjanji pada diriku, sekiranya aku ada rezeki ke Zurich lagi, InsyaAllah aku akan cari mamat ni Zurich Airport dan akan sentiasa mendoakan dia semoga Allah sentiasa memelihara dia dan keluarga dia. Semoga Allah limpahkan rezeki untuk dia.
Selang beberapa ketika, kelibat nya sudah tidak kelihatan lagi di airport dan sehingga ke hari ni, aku masih tertanya lagi, siapakah lelaki ini yang diutuskan untuk mudahkan kami pada saat kami dalam kecemasan. Hanya Allah SWT shj yang mengetahui….sehingga esok nya, jam 6pagi, counter tiket Qatar Airways mula buka, kami dapat tukar flight di awalkan dan akan berlepas jam 8,35 pagi melalui ZRH->DOHA->KL-> PENANG…Dalam penerbangan ke DOHA ini, di dalam flght yg besar hanya terdapat 40 org penumpang sahaja. Kami sampai ke KL pada 18 Mac 2020 jam 9 pagi, dan pada tarikh ini adalah hari pertama PKP1.0 di Malaysia. So kami lari dari lockdown di Switzerland dan balik lockdown di Malaysia. Kami self quarantine selama 14hr di rumah. Alhamdulillah semua selamat dan di permudahkan.
Inilah pengalaman yang tidak ternilai bagi kami, bagaimana menghadapi saat getir di negara orang.