Sekadar perkongsian. Pengalaman kembara sebelum C-19 diistihar sebagai pandemic

Sekadar perkongsian pengalaman yang di lalui….

Our Travel Experience amidst Covid-19 Pandemic…. ”
Our ‘stratergy’ and preparation for oversea travel (Paris & Swiss) during Covid-19 Pandemic
We have survived without getting infected during our oversea trip amidst Covid-19 pandemic”

Alhamdulillah..Yes! We have survived travelled to Paris & Switzerland without getting infected. Cuma nak cerita beberapa langkah dan preparation yang kami buat sebagai ikhtiar. Kami juga ada study sikit pasal virus Covid-19 dan membuat beberapa pertimbangan sebelum proceed dgn trip ni.

Semoga bermanafaat yaa..

Perkiraan, pertimbangan..risks vs benefits..proceed or not proceed

“ Betui ka nak pi ni..time time covid ni? Biaq betui..tak takut ke?”

Danial & Aisyah: Ayah & umi nak pi jugak ke? Kita kena pi ke? Kakak & adik tanak pi lah. Orang semua cakap tak payah pi

Saat karangan ini ditulis, 10 bulan sudah berlalu daripada tarikh penggembaraan kami ke Paris dan Switzerland. (8 Mac 2020- 18 Mac 2020).

Pada masa tu, corona virus baru saja ‘sampai’ ke Malaysia. Kes tak sampai 100 (sekarang, kes dah mencecah 100 000 lebih).  International borders pun masih dibuka dan cuma travel ‘restrictions’ ke China, Japan & Korea saja yang ditekankan. Masih boleh travel ke Japan & Korea, Cuma tidak digalakkan.

Paris dan Switzerland tak termasuk dalam senarai yang tidak digalakkan lagi time tu…maknanya kerajaan masih benarkan perjalanan ke Paris dan Swiss.

Pada 3 March 2020, di Malaysia baru ada 36 kes… France ada 212 kes dan Swiss baru 58 kes covid.
Pada 4 March 2020, kes Covid di Malaysia meningkat kepada 50 kes manakala Paris 253 kes dan Swiss 93 kes.
Ini statistik pada 7 March 2020, iaitu sehari sebelum kami berangkat Malaysia mencatakan 83 kes . Pada ketika ini Paris merekodkan 653 kes dan Swiss dah ada 214 kes

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami sentiasa alert dengan perkembangan kes di Malaysia, France dan Swiss…

Apa langkah-langkahnya tu?? Haha..sebenaqnya Cuma nak sedapkan hati ja. Jom kita pi cepat..sebelum kerajaan Malaysia block France & Switzerland.

Ok lagi kut. Yang meninggal tu ramai dekat China ajer. Virus pattern dia lain sikit. Malaysia, so far takda mortality lagi.

Tiba2..Alamak, ada 1st reported death in Switzerland pulak. Baru 1..takpa kut. (Fikiran tu ada saja nak disedapkan, sebab dah tekad nak proceed).

Info dari kenalanan kami yang tinggal di Swiss (crediti to Tripple Ann aka Kak Nur). Kak Nur share the 1st covid death di Swiss pada 5 Mac 2020.

Kami pun termenung sejenak untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Akhirnya kami putuskan untuk teruskan kembara ini. Kami berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa agar Allah memilihara kami.

Apakah langkah-langkah yang kami ambil?

We read more more about the virus

Corona Virus ni apa?

Corona virus ni lama dah wujud. Crown like virus..related to haiwan mamalia & burung.

For human..corona infection ada 3 types

  1. SARS-CoV or SARS-CoV-1
  2. MersCoV
  3. SARS-CoV-2 or COVID-19 virus

Satu ketika dulu ada outbreak SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) disebabkan oleh severe acute respiratory syndrome coronavirus ( SARS-CoV)

Kali pertama dikesan di Foshan, Guangdong, China pada 16 November 2002. Lebih 8000 orang telah dijangkiti, melibatkan 29 negara dan kematian  sebanyak 774 orang. . Negara Asia banyak terlibat – China, Hong Kong, Taiwan, Singapore & Vietnam. Malaysia ada 5 kes dan 2 kematian.

Last reported cases were in March 2003 which happen in laboratory (meaning..depa dok buat kajian virus & dijangkiti)

Pada 5 Jun 2003, WHO  declared SARS terkawal. Major part of the outbreak lasted for 8 months only.

In May 2005, WHO declared the outbreak is over.

Kita baca la sikit..eh..SARS yg dulu tu pi mana ya?  Died, with Allah’s will..is the ultimate answer!

Manakala…MersCoV ( Middle East Respiratory Syndrome Virus) di kesan pertama kali di Middle East pada tahun 2012. Sehingga April 2016, terdapat sebanyak 1386 kes dengan angka kematian sebanyak 587. Jangkitan disyaki daripada kelawar atau unta dan masih tidak dapat dipastikan. Human to human transmission is almost non-existent.

Jemaah haji & umrah yang balik dari Mekah, selalu kalau dapat jangkitan paru2, akan di test untuk virus ni & selalunya negative. Not enough to cause an outbreak.. I supposed. Sebab saban tahun musim haji, berjuta2 umat Islam berkumpul di Tanah Haram ( Makkah & Madinah), takda outbreak apa2 pun.

Above all..we are protected by Allah, Most Mercifully.

Novel coronavirus 2019 ( 2019-nCoV)…SARS-CoV-2….COVID-19….COVID-19 virus

Pertama kali dikesan di Wuhan pada pertengahan December 2019 dan ia digelar novel coronavirus 2019.

Pada 11 Februari 2020, virus ini telah diberi nama severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) oleh International Committee on Taxonomy of Viruses (ICTV) kerana genetically berkaitan dengan coronavirus SARS virus.

Pada tarikh yang sama, WHO menamakan penyakit tersebut sebagai COVID-19.

CO- Covid

Vi – Virus

D-Disease

Covid-19 virus…simply not to confuse with SARS virus. Not intended to change the name of the virus given by ICTV.

Apakah beza…SARS virus dan COVID-19 virus??

Dua dua pun corona virus. Namanya bersempena crown-like virus shape. Ewah..macam mahkota gitu. Mula2 kita study..apakah risiko terjadinya kematian sekiranya terkena jangkitan…eh..nebes aih. Tak ingat pulak percent percent nya..Tgk % of death in China..compare..dgn SARs era..hmm…strain pattern tu lain kut. The killing effect @ virus strain yg otai2 tu dok kat Wuhan..tak sampai kat Mesia…(Malaysia takda death due to Covid 19 lagi time tu). Eh..memang banyak assumption yg dibuat. Auta daripada fakta..haha..

Apakah yang menyebabkan virus ni contagious sangat..?

The spread is too fast that WHO almost want to declare it as airborne infection but it is not. Kalau airborne..all..everyone of us will contract the virus so easily also. Airborne kaluuu..kensel trip. Salah satu sebab corona merebak dgn cepat sebab pesakit yang dijangkiti sudah menyebarkan virus tersebut kepada contact rapat sebelum pesakit tersebut mempunyai symptoms. 60% pesakit tidak mempunyai symptom demam. Berbanding SARs virus, pesakit yang mempunyai symptoms, di isolasi cepat2 supaya tidak menjangkiti yang lain. The data in China shows..that 70% transmissions are among the family members.

As long as you don’t bring home corona… we should be ok??

Kita study sikit lagi..kat mana corona boleh dijumpai? Kan tak nampak dengan mata kasar.. The virus is heavy. ( dah ada mahkota kat dia kan..@ crown-like shape). It can stay alive on smooth hard surface for very long time. ie door knob, metal surface, not so much on fabrics. And somehow..it easily can hook on bare hands. I came across some info, saying that China’s health care workers got infected from the door knobs. Bare hands..touch the door knobs contaminated with corona virus.. Dirty hands that touch the face, lead to the virus reaching closer to the respiratory tract and cause the disease. There you go..corona tidak berterbangan di udara because it is heavy. Unless, someone infected with corona sneeze right onto your face. ( Our assumptions at that particular time).

Gambar  sumber dari Wikipedia..depa besarkan imej corona virus siap boh kaler..tak sanggup nak kata lawa. Seram ada laa..

Jadi..kesimpulan dari hasil pembacaan.. we practiced all these during our travel:

1. Pakai mask sepanjang masa travel termasuk di dalam flight

2. Hand sanitizer sentiasa bersama. asalkan pegang apa2 ja, kami sanitize tangan

3. Jangan sekali kali sentuh muka jika tangan belom sanitize

Hand sanitzer. Sentiasa bersama setiap orang.

4. Elak touching dry hard surface..cthh nya, escalator, lift, pintu train etc

5. Sanitize semua surface tempat duduk dalam train, bas, kerusi2 rekreasi dan juga didalam flight, habis semua benda kami sanitize termasuk la skrin tv, seatbelt,tray makan, ear phone, hinggakan tingkap flight pun kami sanitize hehehe

Kami gunakan Medical antiseptic wipes @ Clinell. Dah ropa macam mental ajer..Lantak la orang nak kata apa, safety first.

Kami guna Clinell ni. Katanya boleh kill virus within 1 min. Wipes ni di gunakan dalam medical utk disinfect medical equipment. Product actually tested for MersCoV..sama jenis la a type of Corona virus jugak.

6. Sanitize semua lugagage sebaik saja received di airport. Bila sampai di apartment pun kami sanitize lagi termasuk roda2 beg.

7. Sebelum sentuh barang dlm apartment selepas check in, wipe semua door knobs, toilet seat, cabinet / furnitures surface. Pendek kata..semua dry hard surface yang bole diwipekan, kami wipe guna clinell. Mana lah tau..tinggalan pesakit covid ke dkt apartment tu kan.. Nasib baik ada 3 apartments ja nak sanitize..

8. Social distancing. Yang ni..memang takda masalah. Disebabkan kami sentiasa pakai mask, orang locals (mat salleh) memang menjauhi kami..sceptical kat kita. Macam kita bawa virus pulak. Walaupun cases di Paris & Swiss mencanak naik..tgk depa rilek ja, takda social distancing & takda yang pakai mask pun!

Tapi kami memang tak peduli depa. Yang kami peduli..takut jadi rakyat Malaysia yang ke 100 pertama positive covid selepas pulang bercuti dari luar Negara. Nauzubillah…dan Alhamdulillah, kami selamat dari jangkitan.


How much the mask protection…………….what type of mask we should wear?

Ini mask jenis N95.

Ini pulak 3 ply surgical mask

Stok mask yang di bawa untuk bekalan selama 13 hari mengembara.

Hasil pembacaan…surgical 3 ply mask tu ada 70% protection against infection. Kalau n95, ada 95% protection. So, lebih banyak protection kat situ. Jadi, kita bawa juga n95 sikit untuk better protection. Kononnya..nanti nak pi Disneyland, nak pakai n95…

Masa touch down Paris, pakai n95 &  terus rasa tak sesuai. Danial punya n95 too big for his face. Ye lah, mask untuk adult kut. Yang lain pulak..rimas dengan n95 mask & asyik adjust mask. Pun bole mengundang masalah.

Daripada nak ekstra protection..jadi mcm takda protection pulak. From there onwards, kami cuma pakai 3 ply surgical mask saja. Mask ni..once pakai, the protection last 8 hours & filter may be affected by the amount of vapour. Pengewapan..atau mask basah akan effect mask protection. Jadi, kita pakai mask baru setiap hari & tukar juga mask baru jika perlu. Ini Antara usaha & ikhtiar kami.. Yang lain, serah pada Allah saja.

Dan yang paling utama adalah Doa dan tawakal selepas ikhtiar.

Doa ini di baca sentiasa

Selain daripada doa-doa amalan harian, untuk travel kali ni kita add on doa wabak. Baca setiap hari sebelum keluar rumah. In fact, dah tak travel pun..sekarang mmg sudah jadi amalan harian and included in our daily prayers.

Semoga wabak covid berakhir dengan segera…aminn

Perjalanan kami bermula dengan France & berakhir di Zurich, Switzerland. Trip ni terpaksa dipendekkan, balik awal 2 hari dari plan asal sebab Switzerland sudah declare lockdown dan pada masa yang sama, di Malaysia pun declare lockdown juga (18 mac 2020).

Nak dijadikan cerita, flight yang sepatutnya kami naiki ( sekiranya ikut plan asal) terdapat passenger Covid positive dan semua penumpang flight tersebut telah dipanggil untuk screening.

Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…

Jumpa lagi di lain chapter.

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *