
Eifel Tower, Seine River Cruise and Grande Mosque de Paris
Yea haaaa…hari ini bermula lah journey di bumi Paris …oleh kerana masih jet lag lag, iso ambik masa sikitlah nak adjust body clock.. tidur pun tak berapa nak lena..pukul 2 pagi waktu Paris kami dah bangun. .lagi pun malam tadi tu lps selesai check in, solat jamak zohor and asar kami terus pengsan. Keletihan. Total jam perjalanan 25j baru kami sampai ke accomodation di Paris. Bila terlelap awal maka kami pun terjaga awal jugak lah. So lps jamak magrib dan isyak, jam 3 pagi kami dah buat persiapan untuk brekafast dan jugak bekalan untuk nak outing hari tersebut.
Ok bab meal ni sempoi sikit. setiap kali travel oversea, kami akan bawa segala macam dari rumah. Dari mini rice cooker, santan, serai, halia, bawang, daun pandan, pes cili, pes rendang kerutuk, sambal ikan bilis dan macam2 lagi stok makanan yang di bawa dalam beg khusus untuk isi makanan sahaja mengikut menu yang telah di rancang.. hahaha..maklum la kami semua ni tekak melayu asli. Nak try local food mcm tak berapa lepas nak telan. So bawa bekal lagi senang. Tak payah susah2 nak cari restaurant halal..tak perlu nak was-was lagi. Cuma apabila sampai di hotel ni, kami perlu cari grocery shop untuk beli beras dan telur dan sayur sikit-sikit.
Mneu hari pertama ni, untuk breakfasst kami akan masak mee goreng dan masak nasi beriani (perencah Iman) untuk di jadikan bekal jalanan..lauk ayam masak kerutuk, bekal air pulak kami bawa air tamar cocoa alhadad.
Selesai memasak, solat subuh, kejut anak2 untuk solat and bersiap, packing beg dan makanan, breakfast, then jam 8.30am kami mula gerak ke train station.
Itinerary asal vs actual
Kalau ikut plan asal, hari kedua di Paris nak pi melawat Eiffle Tower, naik Seine River cruise, ambil gambar dekat Louvre Museum, lunch @ Tulleries Garden, solat jama’ taakhir di Grand Mosque Paris dan last checkpoint di Champs Elysee. Banyaknya! Memang tak sempat…haha e
Ok pagi ni masa subuh tadi hujan kat Paris. Area apartment kami pun hujan jugak. Bila hujan, suhu tak yah cerita lah..memang sejukkk. Macam mana nak ke Eifel Tower dari Vincenes station? Senang saja. Lebih kurang setengah jam saja,.Laluan train pun senang. Macam ni :
Dari station Vincennes ambik train ine RER A —> Charles De Guile Etoil. Tukar train ke line 6 ke Tracodero Station. Stesen Tocadero ni agak besar, so cari exit arah ke Eifel Tower. Kleuar dari bangunan station tu, hangpa ke pi arah ke belakang bangun, baru nampak tower tu..haaa kat situ tempat nak ambik ga,baq dari jauh. Hari kami sampai situ cuaca hujan dan mendung. So view gambaq ala2 mendunglah.
Ok, sekarang nak cerita pasal pengalaman kali pertama bertemu si dia..Eiffle Tower. Hasil dari pembacaan, ramai yang mencadangkan untuk tengok Eiffle Tower dari Trocadero untuk first timer. Jadi, kita pun follow lah.
Layan selpie & wefie ajalah…
Perasaan?? Hmm…alhamdulilah, sampai dah Eiffle Tower. Takda la nak kagum sangat..beshe beshe jer. Haha. Takda la perasaan special macam tengok kaabah di Mekah.
Kami pun buatlah juga homework, baca info sikit2 pasal Eiffle Tower. Baru interesting sikit.
Mr Eiffle terpaksa menempuh banyak cabaran birokrasi masa nak bina iconic building ni. Asal perjanjian, bina untuk certain period of time/ sementara. Macam mana tu? Kemudian nanti sepatutnya dirobohkan? Boleh gugel sendiri naa. Mr Eiffle tinggal disitu, jadi rumah dia. Elbert Ensteine pun pernah buat eksperimen beliau dan banyak kajian kajian berkaitan gravity dijalankan di Eiffle Tower.
Yang ni info copy paste yaa..
“Menara Eiffel (/ aɪfəl / EYE-fəl; Perancis: lawatan Eiffel [tuʁ‿ɛfɛl] (mendengar)) adalah menara kisi besi tempa di Champ de Mars di Paris, Perancis. Ia dinamakan sempena jurutera Gustave Eiffel, yang syarikatnya merancang dan membina menara itu.
Dibina dari 1887 hingga 1889 sebagai pintu masuk ke Pameran Dunia 1889, ia pada awalnya dikritik oleh sesetengah artis dan intelektual terkemuka Perancis untuk reka bentuknya, tetapi ia telah menjadi ikon budaya global Perancis dan salah satu struktur yang paling dikenali di dunia . [3] Menara Eiffel adalah monumen berbayar yang paling banyak dikunjungi di dunia; 6.91 juta orang naik pada 2015.
Menara ini adalah 324 meter (1,063 kaki) tinggi, kira-kira ketinggian yang sama dengan bangunan 81 tingkat, dan struktur tertinggi di Paris. Pangkalannya adalah persegi, berukuran 125 meter (410 kaki) di setiap sisi. Semasa pembinaannya, Menara Eiffel melepasi Monumen Washington untuk menjadi struktur buatan manusia tertinggi di dunia, gelaran yang diadakan selama 41 tahun sehingga Bangunan Chrysler di New York City selesai pada tahun 1930. Ia adalah struktur pertama untuk mencapai ketinggian 300 meter. Disebabkan penambahan udara penyiaran di bahagian atas menara pada tahun 1957, ia kini lebih tinggi daripada Bangunan Chrysler sebanyak 5.2 meter (17 kaki). Tidak termasuk pemancar, Menara Eiffel adalah struktur berdiri bebas tertinggi kedua di Perancis setelah Millau Viaduct.”
Selepas selesai selpie di Trocadero, anak 2 orang ni dah kelaparan. Jam baru pkul 10 pagi. Bekalnya untuk makan tengahari..hmm. Berenti makan dululah. Agaknya sebab cuaca sejuk, budak budak cepat lapar. Padahal, di apartment abnb, anak2 dah makan nasi bertambah-tambah dah pun.
Perut dah kenyang, pergi tandas siap2, baru bole proceed. Kami berjalan menyusuri River Seine dan mendekati Ms Eiffle. Jauh juga berjalan. Ingatkan kalau tak panjat naik tingkat atas, pi peluk kaki Eiffle tu pun jadilah. Tak boleh masuk rupanya..Ingatkan boleh jalan jalan di bawah Eiffle tower. Tak pasti memang tak boleh masuk ke atau sebab ada construction dekat situ. Nampak ada orang beratur untuk naik tower kut?? Kita tak plan nak naik tower. Nak pusing pusing pun..kaki rasa malas dah nak explore.
Tak panjat Eiffle Tower ke?
Maaf lah, tak. Atas beberapa sebab:
- Tak cukup masa
- View without Eiffle Tower is not Paris! Dah dok kat dlm Eiffle mcm mana nk amik gambaq dgn Eiffle
- Macam kureng value for money ( betul ke?)
Kita ke next checkpoint ajalah.
Ikut plan asal, nak naik kapal menyusuri River Seine. Tiket dah siap beli dari Malaysia lagi. Flexible time..jadi kita ke Masjid dulu untuk solat zuhur/asar dan lunch dekat restoran halal berdekatan masjid saja sebab dah pukul 12 thgari. Biasanya sekitar masjid, mesti ada restoran halal.
Mula-mula, dok melilau cari Pont de I’Alma metro station, rupa-rupanya station tu tutup sebab under maintenance. Penatnya mencari..kan dah abis masa & tenaga.
Walaupun dah prepare google info macam mana nak ke Mosque, sebab dah real time kat situ, kita guna khidmat google map sajalah. Ambik kau.. stesen yang di sajes tu, lepas train naik train, turun train naik train. Nampak macam dekat, dah sampai stesen Metro apa tah, tak ingat nama pulak, kami pun menapak saja dengan berjalan kaki ke Grand Mosque. 3 km la berjalan! Kalau kat Mesia, lama dah naik teksi.
Tak apalah. Semoga dapat ganjaran 11 000 km perjalanan ke masjid ( Penang-Paris). Aminn.
Usai solat jama’ zuhur & asar, kami ke restoran halal berdekatan. Isi perut dulu sebelum naik cruise.
Selepas makan lunch, kami pun menuju ke stesen metro berdekatan untuk ke stesen metro Pont Neuf ( nearest station ke Vedettes du Pont Neuf Seine Cruise). Kali ni, berjalan 1 minit saja dari restoran sampai ke station metro.
Sebelum travel, dah instal siap-siap software ‘Next Stop Paris” Cuma untuk point of attractions dia takda info sebab mainly software ni utk public transport di Paris.
Turun dari station Pont Neuf, kami berjalan untuk ke jeti Vedettes du Pont Neuf Seine Cruise. Dekat saja berjalan.
Sepanjang sungai Seine, terdapat banyak operator kapal. At least, ada sekurang-kurangnya 13 operator dan pelbagai jenis package mengikut bajet masing-masing. Cruise yang naik turun ikut checkpoint, cruise with lunch, romantic cruise with candle lite dinner pun ada. Maklumlah, nama pun Kota Cinta..mesti ramai pasangan honeymoon di Paris.
Untuk cruise yang kami pilih ni, 1 hour journey, dok diam dalam kapal, ada narrator dok cerita dalam English. Adult 12€ child 5€ dan bayar online dari Malaysia lagi.
Booking time 3.30 pm waktu Paris. Selesa duduk dalam kapal, ada pemanas udara ( cuaca sejuk). Disebabkan wakt Malaysia dah malam @ 10pm, badan sudah keletihan sebab dah berjalan dekat 8-9 kilometer,j adi…sepanjang cruise, chek tidoq dengan nyenyaknya!
Tak dapat nak angkat mata walaupun sesekali terjaga, nampak senibina yang cantik.
Lepas habis cruise, dah takda stamina, hari semakin gelap. Tak sempat dah nak sopping kat Champs-Elysee, terus balik tempat penginapan.
Kami Cuma sempat menziarah Eiffle Tower (semestinya la kan),solat di Grand Mosque dan selepas tu naik Seine Cruise. Dah! Selesai!
Itu pun tengok Health ipong punya record, chek dah berjalan 9.4km hari tu. Esoknya kami nak ke Disneyland Paris dan next day dah nak naik train TGV Lyra ke Basel. Hukhuk..nak pi sopping jamu mata kat Champs Elysee pun tak kesampaian. Memang nak kena mai lain kali ni!
Untuk decide satu satu attraction, biasanya kami akan search di tripadvisor attractions tu dapat berapa rating. Kadang-kadang akan dapat opinion orang yang pelbagai dan lebih genuine. Salah satunya…would you repeat climbing Eiffle tower? Yang review cakap one in a life time jadilah. Hmm..oklah. Menara Aloq Setaq & KLCC pun tak naik lagi…pi naik yg Mesia punya dululah. see7TS�� >
Selesai kali pertama bertemu sidia. Eiffle Tower.
TRAVEL TIPS AROUND EIFFLE TOWER:
1, Bole beli sovenier keychain Eiflle Tower dari Negro/Mat black sekitar Eiffle sebab memang murah. 5 keychain berharga 1 euro. Kira-kira RM1 untuk 1 keychain.
2. Jangan layan budak2 yang dok mai bawa kertas & pen dan bertanya “Can you speak English?” Punya la ramai. Info ni banyak dah orang dok komen