DISNEYLAND PARIS, tunggu kami datang…
Hari ni hari ke 3 di Paris @ perantauan. Hari ni nak ke Disneyland Paris. Kira-kiranya seharian la kut di sana.
Time zone masih ikut jam Malaysia. Jam 2.00 pagi waktu Paris dah tak bole tido. Bangun awal siapkan sarapan & bekal. Hari ni kita breakfast nasi lemak, sambal bilis & kerutuk ayam. Kerutuk ayam ni master chef dah masak siap2 dari Malaysia. Sambal bilis pun readymade. Cuma masak nasi lemak saja.
Sempoi tak menu?
Untuk info menu..kut la heran mcm mana we all bawa menu kerutuk & tahan tak basi bole click (preparation Paris & Swiss)
Plannya..nanti akan seharian di Disneyland Paris. Disini tiada makanan halal. Jadi, kita siapkan bekal nasi lemak juga (masak lebih untuk bekal sekali) dan juga megi cup 4 set untuk 4 orang. Almaklum..cuaca sejuk memang cepat lapar, lebih-lebih lagi kanak-kanak riang 2 orang tu.
Sebelum gerak dari penginapan Airbnb, kami baca doa terlebih dahulu. Alfatihah, doa untuk elakkan wabak, selawat & ayat kursi sebagai ikhtiar minta perlindungan dari Allah. Disamping hand sanitizer sorang satu & of course topeng muka@ ‘mask’.
Untuk ke Disneyland, memang tak jauh dari penginapan kami, direct train saja. Menggunakan Navigo pass, kami naik train dari station Vincennes terus ke station Marne la Vallee-Chessy (Disneyland), 32minutes journey & direct train.
(Memang pun cari accommodation yang di antara Paris Disneyland & Eiffle Tower yang reasonable distance. Sangat dekat untuk ke Gare de Lyon (7min), stesen train untuk ke Basel)
Okay, ke Disneyland kita..
Sebelum tu kita story sikit pasal stratergy “How to conquer Disneyland Paris”
Disneyland Paris ni ada 2 park. Disneyland Park & WaltDisney Studio Park. Boleh beli tiket untuk 1 park saja atau 2 park. Bayaran lebih murah kalau beli satu park saja. Setelah dibuat pertimbangan yang agak-agak wajar..hehe..kami decided untuk 2 park in a day ticket. Alang2 Disney la kan.
Tiket ni lebih murah pada hari weekdays berbanding weekends & ticket dinamakan Super magic, magic & mini ticket. Yang Mini tu ialah hari weekdays dan rate paling murah. Kalau ada promo, mungkin lebih murah. Boleh refer website Disneyland Paris.
Seterusnya..ride apa yang popular di Disneyland Paris?
Gugel info siap-siap & download Disney apps untuk tengok waiting time dan ride yang mana ada “Fastpass”. Macam-macam review..ada orang suka challenging rides, ada orang suka rides yang mild saja.
Senang cerita, semua rides ni..chek tengok kat Youtube, ok ke tak ok. Kalau rasa macam ‘ganas’ sangat, kita delete dari senarai.
Berikut adalah shortlisted ride yang kami plan…kunun2nya lah. Story pasal pengalaman di Disney tak sampai lagi..
DISNEYLAND PARIS (WALT DISNEY PARK & DISNEYLAND PARK) 2 PARK IN A DAY
Arrive at 9.00 am.
Start with WALT DISNEY PARK:
- Crush Coaster (Finding nemo) no fastpass
- Ratatouille (grab fastpass) –must try
- Toy Soldiers Parachute Drop
- Cars Quatre Roues Rallye (may consider)
- Flying Carpets over Agrabah (may consider)
- Slinky Dog Zigzag Spin (may consider)
- Animation celebration-frozen: A Musical Invitation (animation celebration, walt Disney studio) 10:25 11:05 11:45
- Stitch Live! (Walt Disney studio park) 12:00 (every 15min)
RC RiderX/ Tower of terrorX (drop fr 40m height!)
DISNEYLAND PARK:
1. Peter Pan’s Flight (Fastpass)-Fantasy land
2. Big Thunder Mountain Railroad ( Fastpass) – Frontier land
3. Dumbo the Flying elephant (may consider)-Fantasy land
4. Orbitron (alien pusing2)
5. Star Tours (Fastpass) Discovery land
6. Buzz Lightyear Laserblast (Fastpass)Discovery land
7. Le Pays Des Contes De Fées (slow boat ride, may consider)
8. Casey Jr Circus Train Ride (may consider)
9. PhilharMagic (3D Show) Disney magic meets Disney music in this spectacular 12-minute, 3D fantasy adventure starring Donald Duck.
10. Magic Kingdom Main Street Vehicle (Ride) may consider
11. It’s A Small World Ride
12. Pirates of the Caribbean ??
Ok, now..here comes the story..
Sampai saja di station Marne la Vallee-Chessy, kami terus ke Walt Disney Studio entrance, mengikut stratergy asal..ewahh..
Tunjuk printed online ticket dekat officer Disney, scan barcode yang tertera di ticket online (print siap-siap dari Malaysia).Dah boleh masuk Walt Disney Studio Park.
Jam menunjukkan pukul 10.30 am. Lewat dah dari plan asal ni. Nanti tak sempat nak cover banyak rides. Takpalah, kita mesti berhati-hati sebab nak maintain cleanliness.
First ride yang menjadi pilihan Danial..Finding Nemo (Crush Coaster).
Sebelum naik ride ni.. kita grab Fastpass ride untuk Ratatouille dulu. Recommended ride in Walt Disney Studio Park. Semua review dok kata must try ride!
Dapat fastpass pukul 2.00pm. Tengok orang beratur kat situ tulis waiting time 45min. The waiting time, not bad actually..kalau nak Q pun, tapi dah plan nak ambik fastpass kononnya… dan dah ambik pun, jadi, kita akan mai nanti dan masuk Express lane with the Fastpass.
Dah grab fastpass untuk Ratatouille, kita pun queu untuk Crush Coaster. Danial nak cari Nemo..
Masa dok beratoq utk Finding Nemo tu, dok teringat-ingat..time dok prepare stratergy utk Disneyland, anak2 pun tengok Youtube dengan umi, analisa rides mana yang ok. Ride ni macam total spinning saja…tak lepaih ni. Satgi rasa nak muntah macam mana?? Dalam hati dok bimbang tak habis.
Mula-mula memang rasa macam nak delete dari list. Tapi Danial betul beria nak try Crush Coaster Ride..layankan sajalah.
Jeng..jeng..jeng..
Selesai naik Finding Nemo, umi & ayah tersangatlah pening. Jemm. Laa tu jugak umi & ayah rasa nak balik! Danial maintain saja…seronookkk dia kata!
Aisyah kata ‘best, kakak pening sikit ja’.
Alahai anak..
Banyak masa lagi untuk tunggu Ride Ratatoulle. Jam baru pukul 12.30 tengahari.
Kita keluar dari Disney Studio Park ke Disneyland Park untuk ke City Hall dulu untuk solat jama’ zuhur/asar kat situ. Berdekatan jer dua park ni, tapi kena scan code la for each entrance.
Sebelum masuk ke area City Hall, kita rehat kejap dekat bench kat luar tu. Umi ayah masih pening-pening. Kita makan tengahari Maggi cup dulu lah sebelum solat. Air panas pun memang umi ayah bawa- 2 termos air panas. Lengkap aih. Hihi..
Kalau takda air panas pun, bole try cari Baby Room..selalunya ada hot water untuk ibu2 yang travel dengan anak kecil.
Dah selesai lunch Maggi cup, kami ke City Hall di Disneyland Park. Just bagitau dekat staff @ customer service cakap nak tumpang solat. Staff yang friendly tu akan tunjukkan bilik untuk solat. Ambil wudu di tandas la yaa. Bilik di City Hall tu macam bilik untuk discussion gitu.. carpeted room with chairs & table.
Kita lapik sejadah travel & pastikan kiblat guna kompas dan solat.
Selesai solat, kami bergerak keluar dari Disneyland Park untuk ke Walt Disney Studio Park untuk claim express lane/fastpass ride Ratatouille jam 2.00pm.
Ratatouille ni pun 3D ke 4D entah? Dok dalam kereta dan rasa macam bergerak,kunun-kunun kita la tikus tu. The kids had so much fun. Umi ayah..hhmm..pening kepala penangan Finding Nemo tadi tak abis lagi, jadi memang pejam mata saja sepanjang ride tu. Cepatlah abis..pening oii. Ayah siap komen, kalau lama lagi, rasanya muntah kat atas keta tu kut.
Abis dah attraction yang ‘kick’ di Walt Disney Studio rasanya…berdasarkan analisa video Youtube. Haha..
So, kita check out Disney Studio & check in balik Disneyland Park. Pi mai pi mai..stratergy la sangatt.
Next, kita pi ride yang paling mild sekali..It’s a Small World ride. Naik ketapi..nyanyian dalam pelbagai Bahasa. Thank you, terimakasih,Gracias,sumimasen semua ada!
Itu ialah ride terakhir ayah. Ayah jaga beg jaa lepas tu.
Kalau ikutkan Umi pun nak surrender juga, pening tak ilang lagi. Dalam hati dok fikir, kalau buat senaman vertigo bole kut hilang pening ni. Tak tau nak buat macam mana, try makan Panadol kut bole lega pening sbb kesiankan anak2.
Ride pilihan umi patutnya nak try Big Thunder Mountain Railroad. Tapi mmg tak bole nk gagah. Satgi terus muntah kut kalau naik ride tu.
Anak-anak nak try Pirates of the Caribbean. Follow sajalah. Naik keretapi lalu lorong-lorong gelap, ada lampu silau. Umi pening lagi..jadi, pejam mata saja sepanjang ride. Gelap tak nmpk apa kurang sikit pening daripada gelap silau Carribean!
Ni last ride umi. Makan Panadol pun xjadi apa. Motion sickness ni dasat sgt. Mengalahkan pening naik Harry Poter kat Universal Studio Japan!
Umi Cuma escort anak2 saja untuk naik Dumbo the Flying elephant & kuda pusing-pusing. Beratur dengan depa, pastu umi dok tepi tulung tangkap gambar. Selesai.
Jam 4.00 ptg mcm tu…
Dok berkira-kira nak balik dah. Memang tanak tunggu Fireworks dah. Tengok ada Disney Musical road show…boh nama seniri. Taktau show nama apa. Semua character Disney ada la..dok lambai2..perarakan. Lama juga dkt 1 jam kut.
Lepas tu tengok ramai orang beredar balik. Eh..depa pun tak tunggu fireworks ke?? Ke macam takda fireworks sebab corona virus?? Tak kuasa nak pi tanya, sebab kami memang nak balik!
Cukuplah Disneyland setakat ini. Rasa macam tak jadilah nak try Disneyland Carlifonia, Florida,Shanghai. Tudia aih..dasat penangan Crush Coaster!
Taktau lah, kut masa depan ada rezeki banyak sangat terlebih-lebih kut bole consider utk bazirkan utk beli tiket Disneyland yang mahaii tu.
Bye-bye Disneyland. I guess…we are no longer young at heart.
Sampai jumpa lagi in next chapter.