Teruja apabila dapat menjejaki di bumi Switzerland
Alhamdulillah, selepas menempuh perjalanan selama lebih kurang 3 jam dari Gare De Lyon, Paris, kami pun sampai di Basel. Mengikut plan yang dirancang, kami akan naik local train dari Basel untuk ke Lauterbrunnen dan akan bermalam di Lauterbrunnen selama 3 malam, iaitu check point pertama di negara Swiss ni.
Setibanya di station Basel, mula2 sekali kami cari kaunter tiket untuk beli Swiss Travel Pass (STP) untuk 2 adult. 2 children. Untuk pengetahuan hangpa, kanak2 bawah 16yo yang travel with parent, dapat family card @ free travelling. Maknanya, budak2 tak kena bayar lah.
Satu lagi nak habaq, transport fare di Switzerland tersangatlah2 mahal. Kos transport di Swiss ni boleh beli air ticket KL-London hehehe. Di Malaysia lagi kita dah buat very long homework on STP ni. Options yang ada STP untuk 3,5 atau 7 hari. Ada juga option untuk Swiss half Pass (tiket dapat harga separuh, tapi tak cover kanak-kanak).
Walaupun kami hanya akan berada di bumi Switzerland selama 6 hari, kami buat keputusan utk purchased STP juga atas beberapa factor. Sebab yang paling utama ialah senang nak kira, berapa bajet nak habis di Switzerland!
Manalah tau…naik train turun train..naik bas, naik bot..tup2 bajet abis. Jadi, kira transport all in..RM1800 seorang dewasa utk 7 hari.
Dah grab STP, kita pun tercari2..tempat nak menunaikan solat jama’ zuhur & asar. Pi mai pi mai tangtu…train nak boarding ke Lauterbrunnen dah sampai pulak. Kita solat jama taakhir sajalah dekat lauterbrunnen. Sepatutnya kita ada plan nak naik ketapi stim Basel @ Basel vintage tram..yang bunyi choo..choo tu. Tapi tak kesampaian. Lain kali mai lain lah. Perjalanan dari Basel nak ke Lauterbrunnen mengambil masa kira-kira 2 jam. Perjalanan melalui Bandar Bern. Sempat juga snap pic sikit2 masa on the way tu.
Nak dijadikan cerita, setelah agak lama dok dalam train berdekatan dengan sorang lelaki Swiss ni, maka terjadilah perbualan.
“Where are you from ” dan selanjutnya where are you going?”
‘Oh, we are going to Lauterbrunnen”.”This train will stop at Lauterbrunnen rite?” Dengan nada konfiden..saja tanya pi lah, buat ramah.
Mujur lah mujur.
Mat Swiss pun bagitau, train ni nak ke Grinderwald. “You have to get down and take another train at next stop” @ stesen Zweilutschinen.
Ingatkan train berhenti direct di stesen Lauterbrunnen. Mujurlah Mat Swiss tu tulung habaq. Kami kena berhenti di stesen Zweilutschinen dan naik gerabak lain untuk ke Lauterbrunnen.
Sebabnya train tu akan terpisah 2, satu menuju ke Grinderwald & satu lagi menuju ke Lauterbrunnen.
Oh, begitu.
Hampir2 nak tersalah arah. Sebab tu ada pepatah mengatakan “ Malu bertanya, sesat jalan”.
“Eh, nak tanya buat apa kalau dah tahu”..Kononnya lah.
Mungkin stigma juga hasil perjalanan di Paris haritu.
Kebanyakan locals ‘menjauhi’ kami especially bila dalam public transport sebab kami pakai mask. Jadi, kami pun tak berani nak bersembang-sembang dengan the locals. Alhamdulilah, lelaki Swiss yang kami temui tu ramah memulakan perbualan.
Akhirnya, kami sampai ke stesen Lauterbrunnen dan terus seret beg menuju ke Valley Hostel. Accomodation kami untuk 3 hari berikutnya sebelum ke Lucern.
Tak jauh dari stesen train nak ke Valley Hostel, berjalan kaki dalam 500-700metres. Tapi penat jugalah sebab jalannya steep @memanjat bukit.
Sampai saja di Valley Hostel, terus nampak Staubarch waterfall dikejauhan. Subhanallah…cantiknya!
Nak cerita sikit berkenaan accommodation kami ni Valley Hostel. Harga boleh tahan juga walaupun hostel. Rating dalam agoda & booking.com 9.0. Jarang2 kami menginap ditempat yang rating tinggi macam ni.(sbb slalunya harga terlalu mahal)
Antara review yang menarik hati tu…hostel but not a hostel.
Untuk kami punya feedback,..tempatnya ok, bersih dan view pun cantik. Nampak air terjun dari bilik. Tapi, kalau mai lagi, nak cari airbnb kut. Yang tak payah share bathroom & kitchen dengan orang lain. Lebih privacy!
Untuk harini kita rehat dulu. Hari pun dah beransur gelap. Esok kita nak ke Grinderwald,First, Murren dan Interlaken. Banyaknya check point! Sempat ke tu…