Sepetang di Isetwald, tempat shooting drama Korea, Crash Landing On You

” Crash Landing On You ” the famous Korean drama, piano scene shoot di Isetwald.

Coretan kali ini adalah lanjutan dari part 9. Masih lagi di Switzerland. Kami pi ke Isetwald ni pada sebelah petang hari kedua di Lauterbrunen. Sebelah pagi nya kami pi main salji di kawasan pergunungan Murren. Balik ke hostel dari Murren, masak dan solat siap2 selepas zohor baru lah kami keluar semula. Nak ke Isetwald dari Lauterbrunen ni mudah saja. Naik keretapi dari Lauterbrunen dan turun di Interlaken OST. Kat Interlaken naik bas 103 dan berhenti di end station, iaitu Isetwald Dorfplarz (nak pronounece pun susah. Pandai2 la hgpa nak sebut lagu mana ekekeke).

Bila sampai saja di last stop bas ni, turun bas, jalan terus saja ke bahagian tasek. Kena lalu sikit kawasan perumahan orang. Kawasan tu kawasan persendirian nama nya Seepark Isetwald, then lokasi scene tu di sebelah hentian bot Barbour Isetwald. Di sepanjang perjalanan dengan bas tu, pemandangan tasek Brienz tu Subhanallah…cantik gilaa.. So sapa2 yang pi area ni, boleh la masukan Isetwald dalam iti. Di situ tadak pa sangat. Cuma view scenery dia ja cantik. Pastu sapa2 yg nak hayati cerita CLOU kat situ boleh laaa…

Satu lagi nak ingatkan. Kalau nak pi ke sini, elok pi time tengahari atau time cuaca cantik. Kami pi haritu agak petang sikit dah dan cuaca agak mendung sedikit.

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *