Kembara Eropah 2.0 : Paris & Switzerland – Part 3

PARIS, Kota Cinta yang diimpikan

Setelah menempuh hampir 7 jam penerbangan dari Qatar, alhamdulillah kami selamat mendarat di Charles De Guile airport atau code name dia CDG. Cuaca sepanjang penerbangan pun baik cuma kadang-kadang saja seat belt sign turn on sebab ada turbulence. Apa-apa pun, kita kena ingat Allah selalu. Hanya DIA pencipta sekalian alam. Baguihnya flight Qatar ni, sebelum berlepas dia akan baca kan doa naik kenderaan terlebih dahulu. Sama juga Saudia Airline.

Airport CDG ni nampak macam usang sikitlah mugnkin airport wujud dah lama so nmpk senibina dia pun nampak lama..kami mendarat di terminal 3. Apabila keluar flight berjalan agak jauh jugak untuk sampai ke imigresen. Nak kena naik monorail jugak macam KLIA tu.

Imigresen di Airport CDG, Paris

Seperti trip yang sebelum ni, biasanya kami akan sedia siap-siap document yang penting untuk melalui mana-mana imigresen di airport. Ni listing doucments yang kami sedia:

  • Summary itinerary – tunjuk kat dia ke mana pergerakan kami
  • Return flight ticket
  • Hotel/Airbnb booking confirmation
  • Detail flight Itinerary

Biasanya apabila di imigresen, kalau kita tunjuk semua document ni biasanya dia tak akan tanya apa2 dah. Tapi apa yang menarik imigresen di CDG Airport Paris ni, segalanya mudah. Apa pun dia tak tanya, hulur passport terus chop saja dah masuk negara Perancis. huhu best oooo…senang kan? Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.

Ok, selepas selesai urusan imigresen, kami pun begerak ke tempat ambik beg yang pusing2 tu…tak lama sangat menunggu, dapatlah ke semua beg. Wow macam tak caya la pulak yang kami kini sudah berada di negara Perancis huhuhu..

Then seterusnya adalah mencari train stesen di terminal 1. Ok nak bgtau ni, sebagai backpack traveller ni, first sekali anda kena memahami betul2 sistem public di sesuatu negara. Berapa train line depa ada, setiap train line coverage macam mana, perbezaan train line, color dan nama train line, apa pass yang boleh di gunakan oleh tourist dan macam2 lagi. So anda kena paham betul2.

NAVIGO DECOUVERTE PASS

Untuk Metro Line Paris ni, ada satu pass di panggil Navigo Decourverte Pass (https://parisbytrain.com/paris-train-metro-week-pass-navigo-decouverte/). Pass ini sangatlah sesuai sekiranya kita akan mobile mengguna sepenuhnya public transport di Paris. Dengan kad ni kita boleh naik semua train sehingga Zone 5, buses dan tram. So mudah lah nak ke mana2 dengan public transport. Tak perlu lah nak beli tiket setiap kali nak naik public transport. Jimat masa dan juga kos. Untuk nak buat kad ini, kena bayar EUR22.80 dan boleh buat di train counter dengan menyediakan gambar bersaiz passport.

So di train stesen di Terminal 1 tu, first sekali kami buat Navigo pass dulu sebelum ambik train ke hotel/Airbnb.

Menuju ke penginapan di Vincennes (AirBnb)

Setelah selesai buat Navigo kad tu, maka kami bebas ke mana saja tanpa perlu bayar lagi. Hanya touch kad tu saja. Kami pun mencari lah train untuk ke apartment kami di Avenue de la Paris, Vincennes. Di CDG Airport Terminal 3 kami kena ambik train line RER B ke stesen Chatelet-les-Halles, kemudian tukar ke line RER A dan turun di stesen Vincennes.

Ok part ni spoil sikit lah sebab masa landing tadi tak sempat nak setting Internet so apabila kami keluar station train tu, kami dah tenggelam punca tak tau nak tuju ke mana sbb Internet tak da..hahaha jadi kan pengajran, bila travel, sebelom kluar airport pastikan Internet sudah ready. Kalau tak, jadi mcm ni lah..laki kalih tengok bini, bini laki lawan tanya nak hala ke mana kita hehehe…so berdasarkan iti tu memang lah dah ada alamat lengkap tapi arah ke mana? Barat, timur, Selatan, Utara? So kami pun tuju je lah ikut sedap hati..dengan beg besarnya bawa sorang satu..last2 tanya orang itu orang ini (org setempat sangat baik dan membantu. Tak seperti yg digambarkan sblm pi), finally kami jumpa lah apartment yang di cari. Alhamdulillah.

Lebih kurang dalam pukul 5pm kami pun selesai check in, angkat beg masuk bilik. Bilik kami di tingkat 2 apartment ni and tadak elevator huhuh..beg 30kg huhuhu boleh tahan la…jadi Hulk Hogan la petang tu, angkat beg naik atas. Tapi lokaso aprtment ini sangat stratrgy. Highly recommended sebab dari stesen ni mudah nk round Paris, setenagh jam saja nak ke Eifel Tower, setengah jam saja nak ke Disneyland. Sangat convenience. Facility apartment ni pun complete. Semua amenities yang kami perlukan disediakan. Ada dapur, mesin basuh, iron, coffee maker, ada dryer ada bread toaster, ada katil 1 queen bed dan sofa bed, cukuplah utk kami 4 beranak. sangat selesa dan harga berpatutan. InsyaAllah kalau kami repeat Paris, kami akan stay disini lagi.

You May Also Like

About the Author: subri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *