Kembara Eropah 2.0 : Paris & Switzerland – Part 2

Part 2 : In flight and Doha

Kita sambung bersiaran ya…sebagaimana maklum, flight Qatar QR867 ni dia akan balik ke negara dia dulu. Bermakna kami akan di transit di Doha. Perjalanan Penang-Doha ambil masa lebih kurang 7jam. Kami berlepas jam 8.10pm dan sampai di Doha pun masih malam iaitu jam 11.45pm. Seperti biasa lah, dalam flight ni pakcik bukannya boleh lena sangat pun. Anak-anak pulak, dapat screen flight entertainment kat depa, tak kasi chance lerr sebab kalu rumah anak2 tak da channce tengok TV/gadget semua tu hehehehe….

Ok nak cerita sikit tentang airline punya service. Qatar Airways ni kita sedia maklum lah, depa ni byk yearly award depa dapat setiap tahun. dari segi service, facility dan amenities dalam kapal memang depa terbaik lah. Cuma cheq nak komen dari segi in flight food dia tu tak berapa kena dengan selera cheq lah…lain orang lain lah selera tekak nya kan…tapi kalau dah lapar, hentam sajalah asalkn perut tak kosong.

Setelah 7j jam berlalu, maka pilot dia pun umum lah, we have landed in Hamad International Airport, Doha. Maknanya kami baru halfway. Jauh lagi nak sampai ke Paris. Connection flight kami QR39 pada keesokan hari nya iaitu jam 7.15am. Transit time kami lbh dt 7 jam…Jenuh melangut lah kat airport Doha ni.

Aktiviti di Doha International Airport

Biasanya, berdasarkan bacaan kami, airport DOHA ada menyediakan service city tour percuma sekiranya masa transit melebihi 3jam dan transit kami adalah 7 jam tapi memandangkan kami tiba di DOHA pada tengah malam, so service city tour tu tak ada lah. Masa turun dari flight tadi, airport ni macam dekat airport Jeddah juga, di mana kapal parking jauh dari terminal kemudian ada shuttle bas sedang menunggu dan di bawa ke terminal. Mungkin tidak semua kapal, kelihatan ada ja kapal-kapal lain yang landing direct attach dengan terminal. Setibanya di terminal, so passenger yang transit kena ikut lorong flight transfer dan akan melalui pemeriksaan keselamatan semula sebelum masuk ke boarding area.

Airport Doha ni luas. Oleh kerana flight seterus pada jam 7.10am keesokan pagi nya, so kami cari lah port yang berdekatan dengan playground kanak2, maka anak2 pun tak da lah boring sangat kan..

Ketika transit tu, kami pun keluarkan bekalan makanan yang tak sempat makan di airport petang semalam tu. Nasi + ayam masak kicap yang dah sejuk hehehe…lapaq punya pasai, hentam sajalah. Bekalan untuk transit ni kami spare banyak jugak lah, ada burger Mc D, ada maggi cup. Bukan apa takut anak-anak lapar.

Jumpa Orang Aloq Setaq di DOHA Airport

Setelah sekian lama melangut di airport Doha, apabila masuk waktu Subuh, kami anak beranak pun pi solat siap2..lepas kami pun pi lah menunggu dkt boarding area Gate B3 untuk penerbangan 7.10am sat lagi. Ada la masa lagi 2 jam mcm. Ketika dok melilau area tu, ternampak la seorang kakak ni mcm org Malaysia. Kami ni pulak jenih ramah mesra lah katakan, so kami pi la tegoq kakak tu..” Ni org Malaysia ka?”..spa cheq kat kakak tu…” Ya, Malaysia”..jawab dia..so apa lagi panjang lah cerita kami buat ramai kat situ…mai mana..nak pi mana…dengan sapa…brp hari…mcm2 la…orang utara ni tak boleh jumpa geng, riuh jadi nya hehhe. rupanya kakak ni transit nak tunggu connecting flight ke Manchester, anak dia dok belajaq di sana. So nak pi teman anak lah…syoknya pencen2 boleh p makan angin merata. Lbh kuranh dlm setengah jam mcm tu, terdengarlah calling for flight no QA039 to Paris is now ready for boarding. Kami pun berlalu dan bersedia nak masuk kapai. Kali ni naik kapai besaq yang 2 tgkat tu..Airbus A380 tu..ramai passengger. Penuh kapai.

You May Also Like

About the Author: subri

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *